Kepimpinan mahasiswa menggilap jati diri belia / Dr Nabilah Huda Zaim and Amierah Syafiqah Muhammad Khuzaini

Memetik kata-kata tokoh gagasan pemikiran Islam, As-Syahid Imam Hassan al-Banna, terdapat empat rukun pemuda iaitu iman, ikhlas, hammasah dan amal. Asas kepada iman adalah hati yang bersih, manakala asas kepada ikhlas adalah jiwa yang suci. Asas kepada hammasah adalah perasaan semangat yang membuak-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaim, Nabilah Huda, Muhammad Khuzaini, Amierah Syafiqah
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101677/1/101677.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/101677/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Memetik kata-kata tokoh gagasan pemikiran Islam, As-Syahid Imam Hassan al-Banna, terdapat empat rukun pemuda iaitu iman, ikhlas, hammasah dan amal. Asas kepada iman adalah hati yang bersih, manakala asas kepada ikhlas adalah jiwa yang suci. Asas kepada hammasah adalah perasaan semangat yang membuak-buak dan asas kepada amal adalah azam yang tinggi di dalam jiwa. Keempat-empat ciri-ciri kepemudaan ini tidak lahir secara semula jadi. Namun, perlu dilentur, dididik dan dilatih dalam melahirkan generasi belia yang mempunyai jati diri yang utuh. Melihat kepada realiti dan fenomena yang melanda muda-mudi pada hari ini amat membimbangkan. Arus pemodenan dan budaya yang bercanggah dengan Islam dari Barat telah mula menular dan merebak masuk ke dalam jiwa anak muda pasca globalisasi semakin sukar dibendung. Dengan itu, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kepimpinan mahasiswa di universiti secara tidak langsung dapat menghindari golongan belia daripada terjebak dengan perkara yang sia-sia sekaligus dapat menggilap jati diri yang kuat dalam jiwa kepemudaan. Menjadi pemimpin ternyata bukan tugas yang mudah. Tidak dapat dinafikan, banyak yang perlu dikorbankan dari sudut masa dan tenaga. Namun, latihan menjadi pemimpin sejak dari peringkat awal universiti mampu mengeluarkan mahasiswa dari kerangka berfikir untuk diri sendiri kepada berfikir untuk menyumbang manfaat buat masyarakat dan orang di sekelililing.