Pendidikan bahasa Cina di kalangan pelajar Melayu: satu kajian kes di negeri Kelantan / Heng Buai Chin, Neo Kian Sen and Chia Oai Peng

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa Melayu di Negeri Kelantan, bilangan pelajar Melayu di SJKC semakin bertambah ramai. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor pendorong yang menyumbang kepada penghantaran anak-anak Melayu ke SJKC...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Heng, Buai Chin, Neo, Kian Sen, Chia, Oai Peng
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104825/1/104825.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104825/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa Melayu di Negeri Kelantan, bilangan pelajar Melayu di SJKC semakin bertambah ramai. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor pendorong yang menyumbang kepada penghantaran anak-anak Melayu ke SJKC di Kelantan. Kajian ini juga mengkaji tahap penguasaan Bahasa Cina pelajar Melayu, dan pengaruh faktor bahasa serta faktor-faktor lain ke atas pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains yang dipelajari dalam Bahasa Cina. Di samping itu, impak pendidikan Cina ke atas seseorang pelajar Melayu dan masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu di SJKC juga ditentukan. Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah tinjauan dan temu ramah telah digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 250 orang pelajar tahap dua yang dipilih dari tujuh buah sekolah di negeri Kelantan. Satu set borang soal selidik dijawab oleh sampel kajian, di samping itu 3 orang guru dan 3 orang ibu bapa dari setiap sekolah kajian juga ditemuramah. Pakej Perisian Statistik SPSS 12.01 diguna untuk menganalisis hasil kajian soal selidik secara deskriptif. Hasil temu ramah pula diguna untuk menyokong dan melengkapi analisis kuantitatif.