Menilai keupayaan sistem pengangkutan KTM komuter kes kajian: sepanjang laluan Rawang - Kuala Lumpur / Mohd Saipul Bahri Othman

Landasan berkembar merupakan projek terbesar KTMB yang meneian belanja RM1.5 billion meliputi laluan sepanjang 288 kilometer yang ditempatkan di Lembah Klang. Konsep ini berdasarkan perkhidmatan ulang alik jarak dekat dengan kekerapan yang tinggi. Setakat irii perkhidmatan KTM Komuter beroperasi set...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Mohd Saipul Bahri
Format: Thesis
Language:English
Published: 1996
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104987/2/104987.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104987/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Landasan berkembar merupakan projek terbesar KTMB yang meneian belanja RM1.5 billion meliputi laluan sepanjang 288 kilometer yang ditempatkan di Lembah Klang. Konsep ini berdasarkan perkhidmatan ulang alik jarak dekat dengan kekerapan yang tinggi. Setakat irii perkhidmatan KTM Komuter beroperasi setiap satu jam dan selanjutnya 30 minit serta 15 minit, bergantung kepada pemnintaan. Pengenalan KTM Komuter bertujuan mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan kekerapan perjalanan tren antara bandar-bandar utama. Objektif utamanya adalah untuk menyumbang ke arah peningkatan infrastruktur pengangkutan melalui pemodenan kemudahan pengangkutan rel selaras dengan usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur asing. Di samping itu objektif keduanya adalah untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Lembah Klang dan mengurangkan masa perjalanan serta meningkatkan kekerapan perjalanan tren antara bandar-bandar utama. Pembangunan Lembah Klang berkembang dengan pesatnya dengan pertambahan penduduk yang mencapai 2.9 juta pada tahun 1991 dan akan mencapai 3.4 juta pada tahun 1996. Kepesatan ekonomi dan pertambahan penduduk menyebabkan pertambahan jumlah pekerjaan di Lembah Klang terutama di Kuala Lumpur. Keadaan ini memerlukan sistem pengangkutan yang lebih balk dan berkesan bagi memenuhi permintaan penduduk Lembah Klang. Memandangkan sistem perkhidmatan KTM Komuter masih baru diperkenalkan di Malaysia, ianya menjadi suatu pembaharuan dalam pengangkutan. Oleh itu penilaian keupayaan perkhidmatan KTM Komuter perlu dijalankan bagi memastikan keberkesannya dan samada memberi kemudahan kepada pengguna serta penduduk tempatan.