Penggunaan komputer melalui proses pengkaryaan tekstil dalam menghasilkan karya seni cetakan tekstil kontemporari / Mazlan Mustapha and Wan Soliana Wan Md Zain
Penggunaan teknologi komputer telah digunakan secara meluas dalam menghasilkan reka corak tekstil kontemporari terutamanya dalam industri pengeluaran rekaan fesyen, batik skrin , t-shirt dan sebagainya. Tujuan utama penggunaan komputer adalah untuk membuktikan bahawa ia dapat menjimatkan masa, kos,...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105485/1/105485.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105485/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Penggunaan teknologi komputer telah digunakan secara meluas dalam menghasilkan reka corak tekstil kontemporari terutamanya dalam industri pengeluaran rekaan fesyen, batik skrin , t-shirt dan sebagainya. Tujuan utama penggunaan komputer adalah untuk membuktikan bahawa ia dapat menjimatkan masa, kos, tenaga, ketepatan dan dapat meluaskan daya kreativiti dengan lebih bebas serta menghasilkan proses kerja yang lebih efektif. Dapatan kajian mendapati penggunaan komputer dalam menghasilkan reka corak yang melibatkan idea generation, perkembangan idea, penghasilan reka corak, mewarna, pisahan warna dapat menjimatkan masa iaitu 1 jam 56 minit berbanding kaedah manual iaitu 69 jam 3 minit. Dapatan kajian juga mendapati jumlah keseluruhan kos yang diperlukan bagi menyiapkan hasil karya tekstil melalui kaedah komputer dapat menjimatkan kos iaitu sebanyak RM6.00 berbariding kaedah manual iaitu sebanyak RM72.30. Ketiga-tiga hasil karya didapati lebih tepat dari segi registration, menghasilkan garisan yang sekata, padu dan mantap, rupa yang bersih dan rata, dapat menghasilkan titik-titik yang sangat halus, teratur dan sistematik serta dapat mencipta corak semulajadi yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Bagi mencapai matlamat ini, kaedah penyelidikan berteraskan praktik telah diaplikasi melalui dua fasa utama. Fasa pertama membincangkan tentang teori dan konsep rekaan iaitu teori seni reka dan prinsip seni reka. Pada fasa kedua pula ia melibatkan kerja-kerja praktikal seperti penghasilan karya melalui kaedah komputer dan proses mencetak melalui kaedah manual. Ketiga-tiga hasil karya telah melalui proses eksperimentasi dengan menggunakan tools atau peralatan yang terdapat didalam perisian grafik dan didapati kesemua hasil karya dapat menghasilkan reka corak yang kreatif, unik dan menarik. |
---|