Islam & ICT / Musa Ahmad, Mohd Nor Mamat and Mashita Abu Hassan

Alhamdulillah, kita rafakkan kesyukuran kepada Ilahi yang mengurniakan inayah dan hidayahNya, sehingga usaha pembukuan bahan penyelidikan, seminar mahupun kolokium yang dijalankan sedikit masa dahulu ini menjadi realiti. Kita sedia maklum, masyarakat Islam hari ini ketandusan bahan ilmu yang boleh d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Musa, Mamat, Mohd Nor, Abu Hasan, Mashita
Format: Book
Language:English
Published: Pusat Pendidikan Islam, UiTM 2003
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13123/2/13123.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13123/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Alhamdulillah, kita rafakkan kesyukuran kepada Ilahi yang mengurniakan inayah dan hidayahNya, sehingga usaha pembukuan bahan penyelidikan, seminar mahupun kolokium yang dijalankan sedikit masa dahulu ini menjadi realiti. Kita sedia maklum, masyarakat Islam hari ini ketandusan bahan ilmu yang boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam menghadapi cabaran hidup. Buku Siri Wacana ini diharapkan bakal menjadi rujukan ringan kepada umum terhadap isu-isu kontemporari seperti Islam dan ICT ini. Saya cukup berbangga dengan penghasilan buku ilmiah seperti ini. la bakal mewarnai senario pengembangan dan kecemerlangan akademik universiti khasnya dan negara amnya. Buku Islam dan ICT ini adalah hasil bahan wacana, seminar dan kolokium yang disunting semula dengan adunan dipermudahkan sebagai komplimen kepada kefahaman pembaca berkaitan aspek-aspek perspektif Islam terhadap ICT, etika pengurusan ICT dan senario budaya kepenggunaan ICT di kalangan umat Islam. Pengkajian dan diskusi berkaitan tajuk sebegini adalah suatu keperluan bagi masyarakat masa kini dan inisiatif untuk menerbitkan bahan bacaan seperti ini merupakan sumbangan besar universiti kepada pembinaan masyarakat berilmu dan kemajuan negara amnya. la amat menarik dan sesuai dibaca bukan sahaja oleh golongan pelajar malah oleh seluruh lapisan masyarakat umum. Harapan kita agar penghasilan buku ini bukan sahaja sekadar untuk difahami bahkan seterusnya diaplikasikan dalam bentuk yang praktikal dan fleksibel. Syabas diucapkan kepada Pusat Pendidikan Islam atas komitmen dan inisiatif menghasilkan penerbitan buku ini dan saya berharap siri yang seterusnya akan muncul dengan tema yang lebih bermanfaat dari masa ke semasa.