Kajian terhadap penggunaan buku dalam era teknologi maklumat: persepsi di kalangan pelajar semester 06 Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor / Sylvester Doon

Penyelidikan akademik ini melibatkan 110 orang responden (pelajar) yang terdiri daripada pelajar semester 06, iaitu pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian), Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM, Shah Alam, Selangor. Penyelidik memilih responden menggunakan kaedah rawak mudah yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Doon, Sylvester
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Information Management 2001
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15820/1/PPb_SYLVESTER%20DOON%20IM%2001_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15820/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Penyelidikan akademik ini melibatkan 110 orang responden (pelajar) yang terdiri daripada pelajar semester 06, iaitu pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengajian Maklumat (Kepujian), Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM, Shah Alam, Selangor. Penyelidik memilih responden menggunakan kaedah rawak mudah yang merangkumi kesemua bidang pengkhususan yang ditawarkan iaitu, Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat, Pengurusan Sistem Maklumat, Pengurusan Rekod dan Pengurusan Pusat Sumber Maklumat. Borang soal selidik dianaiisa menggunakan kaedah manual. Hasil penyelidikan adalah berdasarkan kepada objektif penyelidikan iaitu kepentingan penggunaan buku di kalangan pelajar, kepentingan penggunaan buku dalam era teknologi maklumat, kadar dapatan maklumat melalui penggunaan buku dan kepuasan pelajar dalam menggunakan buku. Hasil penyelidikan menunjukkan buku masih menjadi sumber utama pencarian maklumat oleh para pelajar iaitu sebanyak 67% untuk pelbagai tujuan sama ada tujuan akademik atau Iain-lain. Selain itu, kajian juga mendapati 93% pelajar berpendapat buku masih penting untuk digunakan dalam era teknologi maklumat. Kebanyakan pelajar juga didapati memperolehi maklumat melalui penggunaan buku dan berpuas hati dengan maklumat dari buku..