The journey (2014): bahasa filem dari perspektif semiotik / Nur Syahirah Osman

Kajian ini bertujuan untuk menganalisa filem dari perspektif semiotik melalui filem yang dipilih, The Journey (2014). Berbanding menggunakan percakapan dan bahasa, filem merupakan sebuah medium dalam menyampaikan penceritaan. Semiotik merupakan perlambangan yang membawa kepada sesuatu maksud yang la...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osman, Nur Syahirah
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Film, Theatre and Animation 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15943/1/PPb_NUR%20SYAHIRAH%20OSMAN%20FF%2015_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15943/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisa filem dari perspektif semiotik melalui filem yang dipilih, The Journey (2014). Berbanding menggunakan percakapan dan bahasa, filem merupakan sebuah medium dalam menyampaikan penceritaan. Semiotik merupakan perlambangan yang membawa kepada sesuatu maksud yang lain. Antara dua aspek yang menyumbang kepada teknik penyampaian dalam penggunaan bahasa semiotik ialah sinematografi dan penyuntingan. Semiotik akan menyampaikan tanda melalui visual. Visual yang digunakan pula akan difahami melalui penanda dan petanda. Apabila sesuatu visual itu sudah difahami, ia akan diterjemahkan melalui teknik petanda dan penanda. Bagi memahami kajian ini, kaedah kualitatif melalui tekstual analisis telah digunakan. Melalui kajian ini, segala mesej yang tersirat disebalik filem The Journey turut dapat dibincangkan serta dianalisis. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti adegan-adegan yang mengandungi pemaknaan semiotik melalui elemen bahasa filem dalam filem The Journey dan menganalisis semiotik yang terkandung dalam filem The Journey. Hasil kajian ini mendapati bahawa pengarah telah menggunakan kesemua pecahan bahasa filem meliputi sinematografi, mise-en-scene dan penyuntingan untuk mewujudkan semiotik. Selain itu, semiotik yang wujud telah membuktikan filem The Journey (2014) sebagai sebuah filem yang digunakan untuk menyampaikan budaya. Segala mesej yang tersirat disebalik filem The Journey telah dibincangkan serta dianalisis.