Kekerapan penerbitan di SCOPUS mengenai flora-flora dalam al-Quran dan al-Hadith / Mohd Asmadi Yakob … [et al.]

Terdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab rurath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yakob, Mohd Asmadi
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies 2016
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16533/2/AJ_MOHD%20ASMADI%20YAKOB%20JCIS%2016.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16533/
https://jcis.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Terdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab rurath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepada kajian-kajian ilmiah yang lebih saintifik dan mendalam. Walau bagaimanapun umat Islam pada hari ini kurang mengetahui kewujudan kitab-kitab al-Tibb al- Nabawi yang menjadi satu cabang ilmu Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap beberapa aspek dalam bidang al-Tibb al- Nabawi khususnya berkaitan dengan buah-buahan dan herba di dalam penerbitan SCOPUS. Kajian ini mengaplikasikan metod kajian perpustakaan, dengan penelitian terhadap sebahagian besar kitab yang berkaitan dengan al-Tibb al- Nabawi dikumpulkan untuk dianalisis bagi memahami konsep al-Tibb al-Nabawi itu sendiri serta mengenal pasti buah-buahan dan herba yang dibincangkan. Di samping itu, metod pemerhatian terhadap kajian saintifik yang lepas telah dilakukan terutamanya dengan meneliti artikel-artikel dalam pengkalan data SCOPUS. Hasil penelitian awal mendapati bahawa ulama-ulama terdahulu telah menulis pelbagai karya yang khusus tentang al-Tibb al-Nabawi. Walau bagaimanapun pada hari ini kajian yang mendalam terhadap buah-buahan dan herba yang disebutkan dalam al-Tibb al-Nabawi banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam khususnya daripada Barat.