Interpretasi kandungan imej fotografi digital sosio - masyarakat melayu berdasarkan konsep literasi visual / Nadzri Mohd Sharif...[et.al]
Kandungan imej fotografi menjadi medium komunikasi penting dalam bidang seni visual. Kandungan imej fotografi mewakili kebenaran dan realiti dalam menampilkan perkembangan masyarakat Melayu yang meliputi kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah. Kandungan imej fotografi sering dianggap sebagai saksi...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19945/1/PRO_NADZRI%20MOHD%20SHARIF%20M%2016.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19945/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Kandungan imej fotografi menjadi medium komunikasi penting dalam bidang seni visual. Kandungan imej fotografi mewakili kebenaran dan realiti dalam menampilkan perkembangan masyarakat Melayu yang meliputi kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah. Kandungan imej fotografi sering dianggap sebagai saksi peristiwa sejarah, budaya, kehidupan dalam masa tertentu dan tidak bersifat berat sebelah. Pembuktian sesuatu kisah, artifak dan ceritera adalah bergantung kepada beberapa sumber tidak bertulis merangkumi rujukan penelitian dokumen arkib seperti manuskrip, filem dan imej fotografi untuk menerangkan sesuatu fakta. Bukti daripada kandungan imej fotografi merupakan medium yang sangat penting dalam mengungkapkan kembali kegemilangan warisan Melayu yang tidak ternilai keunikannya. Proses interpretasi kandungan imej fotografi menggunakan indikator literasi visual bertindak sebagai instrumen penyelidikan untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan berkenaan penyelidikan alam Melayu. Konsep literasi visual merupakan kemahiran di dalam menilai kebaikan dan keburukan representasi visual seperti memperbaiki kelemahan, merangka pendapat, dan berkongsi pengetahuan. Implementasi konsep literasi visual dalam interpretasi kandungan imej fotografi digital menghasilkan satu visual baru yang baik serta menjadi elemen yang penting untuk keberkesanan perjalanan penyelidikan alam Melayu. Kepentingan kandungan imej fotografi akhirnya dapat memudahkan seseorang ahli penyelidik, sejarawan mahupun budayawan untuk mengetahui dan menyelidik maklumat dengan lebih mendalam mengenai perkembangan sosial masyarakat Melayu. |
---|