Aturan pertiga (rule of thirds) sebagai elemen baru dalam pembelajaran komposisi bagi menghasilkan karya seni catan / Shahariah Mohamed Roshdi...[et.al]

Di dalam konteks seni rupa pelbagai teknik komposisi diterapkan melalui pemahaman berkarya yang idealistik. Aturan pertiga atau pun lebih dikenali sebagai rule of thirds bukanlah suatu peraturan mutlak bagi seniman untuk menyusun elemen komposisi. Manakala aturan komposisi yang sejajar sering diprak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Roshdi, Shahariah, Ahmad, Hisammudin, Mohd Khalid, Mohd Haniff, Ismail, Abd. Rasid, Mohd Radzi, Fazlina, Abdulah, Nur Hasliza, Ab. Aziz, Nurul Izza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20006/1/PRO_SHAHARIAH%20MOHAMED%20ROSHDI%20M%2016.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20006/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Di dalam konteks seni rupa pelbagai teknik komposisi diterapkan melalui pemahaman berkarya yang idealistik. Aturan pertiga atau pun lebih dikenali sebagai rule of thirds bukanlah suatu peraturan mutlak bagi seniman untuk menyusun elemen komposisi. Manakala aturan komposisi yang sejajar sering dipraktis di dalam bidang fotografi. Di UiTM Melaka pengajaran dan pembelajaran bagi kelas – kelas fotografi telah didedahkan dengan amalan menggunakan teknik komposisi iaitu aturan pertiga. Pengetahuan menyusun komposisi dengan baik memerlukan asas teknik komposisi yang mudah untuk difahami dan menjadi kebiasaan dalam berkarya. Bagi pelajar – pelajar di dalam Program Seni Halus, seharusnya mendapat slot khas dengan memperkenalkan dan mendalami teknik aturan pertiga. Oleh itu untuk mengetahui pendekatan komposisi ini bersesuaian atau tidak, suatu kajian telah diaplikasi terhadap pelajar. Hasil karya pelajar dijadikan sampel kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik dan diaplikasikan teknik aturan pertiga sebagaimana kajian-kajian yang sama digunakan terhadap karya – karya seni agung. Pendekatan ini diuji dan dilaksana dengan menggunakan data sebenar melalui persempelan karya pelajar di UiTM Melaka. Implikasi kajian ini menunjukkan teknik aturan pertiga boleh digunakan bagi membantu para pelajar mencipta ruang komposisi yang baik, mudah dan kreatif.