Inovasi terbaru rempah sup dari daun nangka (Artocarpus heterophyllus) sebagai pelembut daging (An ingenius innovation of soup spices from jackfruit (Artocarpus heterophyllus) leaf for meat tenderization) / Mahirah Sairuji … [et al.]

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan pelembut daging, gabungan daun nangka dengan herba dan rempah-ratus. Pembuatan pelembut daging ini bermula dari proses pengeringan daun nangka pada suhu 50°C di dalam ketuhar dan kemudian diproses menjadi serbuk. Kemudian, ia dicampur dengan herba dan rempah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md. Bohari, Muhammad Fathee, Zakaria, Fatin Nadzirah, Yusof, Suzana, Tengku Ahmad Basri, Tengku Shahrul Anuar, Hashim, Nina Keterina, Dasiman, Razif
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UiTM (UiTM Press) 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20739/1/AJ_MAHIRAH%20SAIRUJI%20JURIM%2017.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20739/
https://jurim.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan pelembut daging, gabungan daun nangka dengan herba dan rempah-ratus. Pembuatan pelembut daging ini bermula dari proses pengeringan daun nangka pada suhu 50°C di dalam ketuhar dan kemudian diproses menjadi serbuk. Kemudian, ia dicampur dengan herba dan rempah terpilih untuk menjadi rempah sup sebagai produk akhir. Semua bahan dan produk akhir berada dalam bentuk serbuk dan disimpan dalam plastik kedap udara. Beberapa ujian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan pelembut daging dan penerimaan produk baru ini di kalangan orang. Bahagian bawah daging lembu telah dipilih untuk eksperimen ini. Tiga jenis rawatan daging yang terdiri daripada daging tanpa rawatan (C), daging dengan pelembut daging komersial (Bl) dan daging dengan rempah sup yang telah dihasilkan (B2). Kelembutan daging yang telah dimasak dianalisis menggunakan penganalisis tekstur. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara daging tanpa rawatan dan daging dengan rawatan pelembut daging. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara pelembut daging komersial dengan rempah sup yang telah dihasilkan dalam kajian ini. 25 panel dipilih untuk penilaian sensori dan ujian dilakukan dengan menggunakan skala 9 hedonik. Tiada perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara pelembut daging komersial dengan rempah sup bagi ujian penilaian sensori.