Kesan media sosial, isu semasa dan personaliti calon ke atas tren pengundian / Prof Madya Dr Ismail Sualman … [et al.]
Kajian ini melibatkan seramai 28, 277 orang responden terdiri daripada pengundi yang dipilih berdasar 40 Parlimen seluruh Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk : i) mengenal pasti sumber media yang dipercayai boleh mempengaruhi pemilihan dalam kalangan pengundi, ii) mengkaji isu-isu sosio-polit...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
Research Management Institute (RMI)
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21001/1/LP_ISMAIL%20SUALMAN%20RMI%2012_5.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21001/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini melibatkan seramai 28, 277 orang responden terdiri daripada pengundi yang dipilih berdasar 40 Parlimen seluruh Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk : i) mengenal pasti sumber media yang dipercayai boleh mempengaruhi pemilihan dalam kalangan pengundi, ii) mengkaji isu-isu sosio-politik yang mempengaruhi pemilihan dalam kalangan pengundi, iii) meninjau ciri-ciri pemimpin yang dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya, iv) mengkaji apakah faktor-faktor yang menentukan pola pemilihan dalam kalangan pengundi dalam pilihan raya, v) melihat hubungan di antara sumber media dengan isu-isu sosiopolitik, ciri-ciri pemimpin dan faktor pemilihan dalam kalangan pengundi. Kajian menggunakan kaedah survei melalui borang soal selidik ini mendapati majoriti responden sangat bersetuju (16.6%) dan bersetuju (48%) bahawa calon yang dipilih mewakili kawasan dalam pilihan raya mampu mempengaruhi mereka. Manakala seramai 40.2% bersetuju dan 15% sangat bersetuju bahawa isu yang dibangkitkan parti politik mampu mendorong mereka untuk keluar mengundi. Begitu juga seramai 44.3% bersetuju dan 23.7% sangat bersetuju bahawa mengundi mampu merubah masa hadapan mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa 32.6% bersetuju manakala 19% pula sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa Kerajaan Pusat yang memerintah sekarang ini perlu dikekalkan. Kajian menunjukkan isu berkaitan keamanan dan keselamatan negara amat penting berbanding isu lain dalam menentukan pilihan pengundi bagi pilihan raya akan datang. Ketelusan dan keadilan pula adalah dilihat sebagai perkara kedua terpenting dalam menentukan pilihan pengundi bagi pilihan raya akan datang manakala isu lain adalah peluang pekerjaan isu berkaitan keagamaan, keharmonian kaum, perniagaan dan peningkatan pendapatan dan kos perubatan. Kajian ini juga menunjukkan isu utama yang perlu diberikan keutamaan oleh Kerajaan Pusat adalah berkaitan dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan (74%), isu berkaitan dengan keselamatan negara (71%), masalah sosial (69%), isu berkaitan dengan pekerjaan dan kerjaya (69%), isu berkaitan dengan rasuah (65%) isu berkenaan dengan kewangan dan pendapatan (64%), dan juga isu perkauman (64%). Ditinjau dari segi "winnable candidate", kajian menunjukkan bahawa kriteria utama calon yang menjadi pilihan adalah calon yang mempunyai penampilan yang baik, mempunyai jawatan yang kukuh dalam parti politik, berkebolehan, bertimbang rasa, mempunyai disiplin yang tinggi, berdedikasi dan berketerampilan, berpendidikan tinggi, berpengetahuan agama, bertolak ansur dan seorang yang baik hati. Kajian menunjukkan mereka yang dianggap mampu menunaikan janji serta bebas dari rasuah pula merupakan kriteria yang paling rendah dipilih oleh pengundi. |
---|