Laporan cadangan rekabentuk dalaman Butik Sukan Teva di Lot G07, G08, dan G09 Ipoh Parade, Jalan Sultan Abd Jalil, Greentown, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Abdul Rashid Md Basir

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Produk pilihan untuk projek ini adalah B...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Basir, Abdul Rashid
Format: Student Project
Language:English
Published: Faculty of Architecture, Planning and Surveying, UiTM Perak 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24238/1/PPd_ABDUL%20RASHID%20MD%20BASIR%20AP%2006_5.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24238/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Produk pilihan untuk projek ini adalah Butik Teva di Lot G07, G08, dan G09, Kompleks Membeli Belah Ipoh Parade, Jalan Sultan Abd Jalil, Greentown, 30300, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan produk barangan Teva dengan lebih mendalam kepada penduduk. Adanya butik ini, ia dapat membuka mata generasi muda sekarang tentang kualiti produk Teva. Dalam menjalankan projek ini, kepentingan yang begitu jelas dapat kita lihat kewujudan Butik Teva ini akan menambahkan lagi kepelbagaian rekabentuk terutamanya dalam rekabentuk barangan sukan yang sejajar dengan pembangunan masa kini. Selain daripada itu, ia juga dapat menanamkan minat orang ramai terhadap barangan yang berjenama sukan. Kaedah pangkajian yang dijalankan terhadap projek ini, adalah berdasarkan pemerhatian terhadap butik dan kedai sukan melalui perbandingan dalam dan luar negara. Kebaikan yang dapat dilihat dengan wujudnya Butik Teva ini, adalah dapat mewarnakan lagi dunia fesyen di kalangan para remaja amnya kerana mereka menggemari setiap rekabentuk pakaian mahupun alatan-alatan yang berjenama sukan untuk bergaya, ia bukan sahaja untuk para remaja tetapi juga untuk semua golongan dari semua lapisan masyarakat. Secara kesimpulannya, rekabentuk baru yang bakal di jalankan ini haruslah menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan serta bersesuaian dengan konsep yang ingin di tonjolkan. Di harapkan, rekabentuk ini akan dapat memberi manfaat kepada semua individu, samada pelancong asing mahupun rakyat di negara ini.