Adakah kecemerlangan pelajar ditentukan oleh penguasaan bahasa Inggeris? Satu kajian kes di UiTM Zon Utara / Noor Saliza Zainal…[et al.]

Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar. Ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran Di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainal, Noor Saliza, Ismail, Normala, Yusoff, Zulkefli
Format: Research Reports
Language:Malay
Published: Research Management Institude 2003
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25232/1/LP_NOOR%20SALIZA%20ZAINAL%20RMI%20K%2003_5.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/25232/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: Malay
Description
Summary:Kecemerlangan akademik merupakan objektif utama bagi setiap pelajar. Ianya diukur melalui pencapaian keputusan peperiksaan setiap semester. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan kaedah Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK) untuk mengukur prestasi akademik para pelajar dalam pembelajaran Di samping itu UiTM telah menetapkan bahasa Inggeris sebagai medium utama bagi seluruh sistem pengajian dan peperiksaan melibatkan semua fakulti dan kursus. Oleh itu prestasi HPGK seseorang pelajar di UiTM akan dipengaruhi oleh faktor bahasa pengantaraan tersebut iaitu bahasa Inggeris. Kajian ini menguji sama ada jantina, kampus dan program pengajian membezakan pencapaian HPGK pelajar. Selain itu kajian menilai sejauhmana bahasa Inggeris memberi kesan kepada HPGK seseorang pelajar serta mengenalpasti aspek dalam penguasaan bahasa Inggeris yang paling dominan mempengaruhi kecemerlangan di kalangan pelajar. Selanjutnya kajian juga mengukur sama ada tahap penggunaan bahasa Inggeris, sikap, motivasi, pengajian dan cabaran mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Hasil kajian mendapati pencapaian HPGK didasari oleh program pengajian Manakala faktor jantina dan kampus pula tidak dapat membezakan pencapaian tersebut. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan hanya aspek ulasan dalam penguasaan bahasa Inggeris serta motivasi mempengaruhi secara signiflkan pencapaian kecemerlangan akademik pelajar di UiTM Zon Utara, meliputi cawangan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.