Pembelajaran efektif menggunakan penunjuk Newton's Free Body Diagram (FBD) / Amin Aadenan … [et al.]

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelajar mengalami kesukaran untuk melukis gambar rajah daya yang merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan soalan Hukum Newton. Justeru itu, sebuah alat bantuan mengajar telah dibangunkan dengan menekankan teknik lakaran dan lukisan gambar rajah daya. Objek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aadenan, Amin, Abdullah, Siti Zaubidah, Jaafar, Nor Fadhlin, Makhtar, Nurulizzati
Format: Article
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26914/1/AJ_AMIN%20AADENAN%20JURIM%2018.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26914/
https://jurim.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelajar mengalami kesukaran untuk melukis gambar rajah daya yang merupakan langkah pertama dalam menyelesaikan soalan Hukum Newton. Justeru itu, sebuah alat bantuan mengajar telah dibangunkan dengan menekankan teknik lakaran dan lukisan gambar rajah daya. Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam melukis gambar rajah daya dan membantu para pelajar untuk memahaminya dengan lebih baik bagi menyelesaikan permasalahan di dalam topik Hukum Newton. Model ADDIE telah digunakan sebagai panduan untuk membangunkan alat ini. Kajian rintis awal penggunaan Newton s Free Body Diagram (FBD) Ruler ke atas pelajar jurusan Diploma Teknologi Makanan (ASH 6) mendapati, 81.25% pelajar mampu melukis gambar rajah arah daya dengan betul. Ini menunjukkan bahawa penggunaan alat ini sangat berkesan dan praktikal digunakan sebagai alat bantuan mengajar. Selain itu, hasil penggunaannya juga telah menunjukkan penurunan kadar peratusan kegagalan daripada 18.00 % (Sem 2 2016/2017) kepada 12.67 % (Sem 1 2017/2018) selepas penggunaannya. Ini terbukti bahawa penggunaan alat bantuan mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan rangsangan dan daya kefahaman pelajar di samping mewujudkan kepelbagaian teknik pengajaran yang baharu bagi pendidik untuk dilaksanakan dalam kelas.