Tahap kepuasan staf terhadap persekitaran dan sistem kerja di fakulti kejuruteraan awam UiTM Cawangan Pahang / Rohaya Alias, Nor Maslina Mohsan and Siti Hawa Rosli

Kepuasan pekerja terhadap persekitaran dan sistem kerja merupakan elemen penting yang dapat memberi impak kepada prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi. Justeru itu, amat penting bagi setiap organisasi mengetahui tahap kepuasan pekerjanya terhadap persekitaran dan sistem kerja agar semua matl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alias, Rohaya, Mohsan, Nor Maslina, Rosli, Siti Hawa
Format: Article
Language:Malay
Published: Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29324/1/29324.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29324/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: Malay
Description
Summary:Kepuasan pekerja terhadap persekitaran dan sistem kerja merupakan elemen penting yang dapat memberi impak kepada prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi. Justeru itu, amat penting bagi setiap organisasi mengetahui tahap kepuasan pekerjanya terhadap persekitaran dan sistem kerja agar semua matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kepuasan staf di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UiTM cawangan Pahang terhadap persekitaran dan sistem kerja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu mendapatkan data dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada semua staf FKA iaitu melibatkan seramai 45 responden. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisa untuk mendapatkan keputusan. Hasil kajian mendapati responden berpuas hati dengan keseluruhan persekitaran dan sistem kerja (54%). Perkara yang paling ramai responden sangat berpuas hati adalah mengenai ruang dan perabot yang disediakan di pejabat. Manakala perkara yang paling ramai responden tidak berpuas hati adalah berkenaan dengan kelengkapan/mesin yang disediakan di pejabat. Terdapat beberapa cadangan turut dikemukakan oleh responden. Kesimpulannya, kelemahan dari segi persekitaran dan sistem kerja yang telah didapati melalui kajian ini boleh diketengahkan kepada pengurusan tertinggi UiTM cawangan Pahang untuk penambahbaikan. Dengan adanya tindakan penambahbaikan yang bakal dilakukan, prestasi kerja staf FKA akan dapat dipertingkatkan.