Politik Melayu : Antara muzakarah, mugabalah atau makinparah / Nidzam Sulaiman dan Zaini Othman

Keputusan Pilihan raya ke-12 pada Mac 2008 telah membawa banyak kesan kepada politik Malaysia amnya dan Melayu khususnya. Dominasi BNyang telah mengakar selama ini akhirnya dapat dicabar oleh Pakatan Rakyat. Politik negara turut berubah dengan suara dan debat di Parlimen menjadi semakin panas. Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Nidzam, Othman, Zaini
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2985/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Description
Summary:Keputusan Pilihan raya ke-12 pada Mac 2008 telah membawa banyak kesan kepada politik Malaysia amnya dan Melayu khususnya. Dominasi BNyang telah mengakar selama ini akhirnya dapat dicabar oleh Pakatan Rakyat. Politik negara turut berubah dengan suara dan debat di Parlimen menjadi semakin panas. Penyusustan undi BN telah mendesaknya menilai diri dan mula melaksanakan perubahan dasar sebagai usaha mengembalikan sokongan. Dalam kemelut inijuga isu kedudukan Melayu vis a vis bukan Melayu mula menonjol. Isu yang selama ini tersembunyi tidak berani disuarakan secara tiba-tiba dibangkit, dipersoal malah ada yang berani dituntut pindaanya. Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), pemberian kontrak dan lesen, isu kontrak sosial, pertukaran agarna, biasiswa dan bilangan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA) dan sebagainya lantang diperdebat. Pada masa yang soma UMNO yang dilihat selama ini sebagai patron kepada orang Melayu sudah mulai berasa dirinya tidak begitu kukuh lalu menjemput PAS untuk 'bermuzakarah' dengan alasan untuk mengembalikan kedudukan Melayu. Berbagai-bagai pandangan lahir kesan daripada perbincangan ini, yang menyokong, memandang rendah malah membantah. Pokoknya persoalan Melayu tetap menjadi semakin terhimpit kesan kedudukan politik yang goyah. Kertas ini akan cuba membincangkan persoalan ini dengan meneliti kedudukan agihan kuasa antara kaum ini dan cuba mencadangkanjalan keluaryang mungkin boleh diterima berbagai-bagai pihak.