Literasi Media, Cabaran Penyiaran Sosial dan Kelangsungan Industri Televisyen di Malaysia / Md Azalanshah Md Syed and Mohd Nazri Ibrahim.

Artikel ini meneliti perkembangan literasi media dan perkaitannya dengan kelangsungan industri televisyen tempatan. Dekad awal alaf baharu menyaksikan industri televisyen menerima persaingan sengit daripada penyiaran sosial yang lebih menjimatkan kos dan mempunyai capaian yang lebih luas serta berke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Syed, Md Azalanshah, Ibrahim, Mohd Nazri
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi MARA 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30193/1/30193.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30193/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Artikel ini meneliti perkembangan literasi media dan perkaitannya dengan kelangsungan industri televisyen tempatan. Dekad awal alaf baharu menyaksikan industri televisyen menerima persaingan sengit daripada penyiaran sosial yang lebih menjimatkan kos dan mempunyai capaian yang lebih luas serta berkesan menyampaikan maklumat khususnya dalam kalangan generasi muda. Kajian ini berhujah bahawa; meskipun penyiaran sosial menjadi pilihan utama generasi hari ini, televisyen masih menjadi suatu entiti yang amat penting dalam proses pemupukan literasi media dalam masyarakat. Pertama, stesen penyiaran awam seperti RTM menjadi pusat sumber kepada masyarakat mengenai polisi dan dasar kerajaan; serta latihan dalam sektor penyiaran negara. Kedua, dalam usaha menyaingi teks budaya global, stesen penyiaran swasta seperti TV3 dan NTV7 memainkan peranan penting dalam menghasilkan pelbagai teks budaya untuk khalayak tempatan berdasarkan garis panduan, kod serta akta yang telah diwartakan oleh kerajaan. Justeru, artikel ini secara tekstual meneroka persediaan serta usaha-usaha stesen penyiaran tempatan untuk bersaing dalam era baharu industri penyiaran disamping mengekalkan peranannya sebagai organisasi penting dalam proses pemupukan literasi media di negara ini.