Beberapa aspek kearifan tempatan terhadap bahan alami yang digunakan dalam pengurusan jenazah rantau alam Melayu / Muhammad Yusri Yusof @ Salleh ... [et. al]

Kearifan tempatan adalah serangkaian maklumat, petunjuk, ilmu yang diwariskan daripada generasi ke generasi sebagai satu strategi kehidupan yang melambangkan keunikan sesuatu bangsa. Kearifan tempatan adalah hasil daripada tindakbalas masyarakat Melayu dengan alam sekeliling sebagai satu ikhtiar hid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Yusri, Yusof @ Salleh, Afandi, Abd Rahim, Paiz, Hassan, Abd Munir, Mohamed Noh, Mohd Zahirwan Halim, Zainal Abidin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31706/1/31706.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/31706/
http://idealogyjournal.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kearifan tempatan adalah serangkaian maklumat, petunjuk, ilmu yang diwariskan daripada generasi ke generasi sebagai satu strategi kehidupan yang melambangkan keunikan sesuatu bangsa. Kearifan tempatan adalah hasil daripada tindakbalas masyarakat Melayu dengan alam sekeliling sebagai satu ikhtiar hidup dan memberi manfaat kepada keseluruhan masyarakat. Kajian ini bermatlamat mengkaji unsur dan amalan yang bersifat kearifan tempatan dalam pengurusan jenazah yang telah dipraktikkan dalam masyarakat Melayu. Antara unsur kearifan tempatan yang wujud dalam pengurusan jenazah adalah seperti fungsi kemenyan, sintok, gunting, kacip, daun bidara, air mawar, cerana dan kapur barus. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan kajian kepustakaan dan temubual sebagai instrumen kajian. Kajian kepustakaan menumpukan kepada kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan berkaitan unsur kearifan tempatan samada dalam bentuk jurnal, buku dan kertas kerja persidangan. Temubual dijalankan kepada pengurus-pengurus jenazah terpilih menggunakan Kaedah Temu bual Terperinci (In-depth Interview) di mana penyelidik menemubual berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Pendekatan kajian teks (matan) juga digunakan bagi meneliti secara kritikal berkaitan penulisan-penulisan yang telah dilakukan oleh sarjana Islam Melayu berkaitan pengurusan jenazah.