Modul pengukuhan bahasa arab untuk imam / Ahmad Sa'aduddin Wahab, Ahmad Fauzee Abdullah and Burhanuddin Wahab

Jawatan imam merupakan jawatan yang dilantik oleh pihak berkuasa agama bagi menjalankan tugas-tugas tertentu di dalam kariah yang didiaminya. Pelaksanaan tugas imam bukan hanya terikat di masjid atau surau sahaja, malah imam juga turut bertugas di luar masjid atas keperluan dan jemputan ahli-ahli ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wahab, Ahmad Sa'aduddin, Abdullah, Ahmad Fauzee, Wahab, Burhanuddin
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32215/1/32215.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/32215/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Jawatan imam merupakan jawatan yang dilantik oleh pihak berkuasa agama bagi menjalankan tugas-tugas tertentu di dalam kariah yang didiaminya. Pelaksanaan tugas imam bukan hanya terikat di masjid atau surau sahaja, malah imam juga turut bertugas di luar masjid atas keperluan dan jemputan ahli-ahli kariah. Kebiasaannya tugasan imam adalah untuk mengetuai solat Jemaah, menyampaikan khutbah dan mengadakan aktivitiaktiviti mingguan seperti bacaan surah Yaasin, majlis tahlil, doa dan mengadakan kuliah agama. Tidak dinafikan bahawa tugasan yang dilaksanakan ini samada di dalam atau diluar masjid akan melibatkan penggunaan bahasa Arab. Hasil pemerhatian umum dan khusus yang pernah dibuat oleh pengkaji mendapati berlaku kesilapan dalam mengendalikan bahasa Arab oleh para imam terutamanya dari aspek nahu dan sorof. Sehubungan itu, satu pendekatan yang sesuai perlu diperkenalkan untuk membimbing golongan ini supaya dapat menguasai bahasa Arab agar penampilan mereka lebih mendapat kepercayaan dan memudahkan mereka dalam kerja-kerja dakwah. Sesungguhnya kejayaan dalam proses memantapkan diri dengan bahasa Arab bergantung kepada dua faktor utama, iaitu kewujudan modul latihan yang sesuai serta diserasi dengan kaedah dan pendekatan latihan yang efektif. Justeru itu, kajian ini pada akhirnya akan memberi cadangan-cadangan ke arah merealisasikan kejayaan tersebut.