Dasar “counterinsurgency” gurney asas penamatan darurat : satu tinjauan / Zulhilmi Paidi

Darurat diisytiharkan secara rasmi bermula pada tahun 1948 oleh Sir Edward Gent dan telah diisytiharkan berakhir pada 1960 oleh Yang Di Pertuan Agong. Selama 12 tahun pemberontakan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengakibatkan keadaan huru hara yang tidak terhingga di negara ini. Wa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Paidi, Zulhilmi
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34053/1/34053.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34053/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: Malay
Description
Summary:Darurat diisytiharkan secara rasmi bermula pada tahun 1948 oleh Sir Edward Gent dan telah diisytiharkan berakhir pada 1960 oleh Yang Di Pertuan Agong. Selama 12 tahun pemberontakan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengakibatkan keadaan huru hara yang tidak terhingga di negara ini. Walau bagaimanapun pemberontakan PKM ini telah menemui kebuntuan dan pada akhirnya terpinggir dari arus perkembangan negara. Kegagalan PKM ini memberi ruang dan jalan untuk penamatan Darurat di Malaya dan sekaligus menikmati kemerdekaan dari pentadbiran British. Kegagalan PKM sering dilihat sebagai isyarat kejayaan dasar pertahanan dan keselamatan yang dilancarkan oleh pihak British dan kemudiannya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah benar sememangnya secara menyeluruh British berjaya atau ia sebenarnya merupakan kebijaksanaan peranan individu seperti Templer dan dasar pertahanannya. Ataupun jasa Sir Henry Gurney itu sendiri dan hakikat keberkesanan Rancangan Penempatan Semula di bawah Rancangan Briggs yang sebenarnya telah merobek kekuatan PKM. Malahan diakui semua pihak sebahagian besar punca kegagalan PKM ini adalah berpunca dari kegagalan organisasi itu sendiri. Bagaimana pula dengan pemimpin tempatan yang juga turut berperanan membawa perang terhadap PKM ini sebagai perang rakyat Malaya. Justeru itu kertas kerja ini akan cuba melontarkan idea berkenaan dasar counteinsurgency yang telah dijalankan sewaktu pentadbiran Gurney yang telah menjadi asas kepada penamatan Darurat di Tanah Melayu sekaligus kemudiannya membawa negara ke era baru kemerdekaan. Hasil perbincangan kertas kerja ini diharap dapat memberi idea baru tentang hakikat darurat serta pengajaran dan kefahaman yang diberikan.