Konsep keselamatan dan kebenaran menurut Islam dan pluralisme agama: analisis menurut pandangan Ismail Raji al-Faruqi / Ahmad Sabri Osman, Mohd Farid Mohd Sharif and Raihaniah Zakaria
Isu keselamatan dan kebenaran sesuatu agama merupakan antara isu utama dalam perbincangan golongan pluralisme agama. Mereka mengatakan bahawa semua agama adalah sama benar dan implikasinya ialah semua penganut agama mendapat keselamatan di hari akhirat. Sebenarnya, al-Qur‟an dan al-Sunnah telah menj...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA, Perlis
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34434/1/34434.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34434/ https://jurnalintelek.uitm.edu.my/index.php/main |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Isu keselamatan dan kebenaran sesuatu agama merupakan antara isu utama dalam perbincangan golongan pluralisme agama. Mereka mengatakan bahawa semua agama adalah sama benar dan implikasinya ialah semua penganut agama mendapat keselamatan di hari akhirat. Sebenarnya, al-Qur‟an dan al-Sunnah telah menjelaskan perkara ini semenjak 1400 tahun yang lalu. Kajian ini akan cuba membawa beberapa pandangan ulama muktabar bagi mewakili pandangan Islam. Walau bagaimanapun, al-Faruqi (1921-1986), dalam tulisannya pernah menimbulkan kekeliruan apabila menyebutkan bahawa semua agama adalah sah dan benar. Apakah beliau juga termasuk dalam golongan yang berfahaman pluralisme agama? Hasil kajian penulis menunjukkan bahawa kenyataan al-Faruqi itu sebenarnya adalah merujuk kepada agama yang asal iaitu din al-fitrah atau Ur-religion atau religio-naturalis (agama alamiah) yang disampaikan oleh nabi-nabi Allah S.W.T kepada sesuatu kaum. Agama alamiah ini terdiri daripada sensus numinis yang tak pernah menyimpang daripada jalan kebenaran. Din al-fitrah atau agama alamiah yang sama-sama dimiliki oleh manusia sejak lahir lagi sama ada Muslim atau bukan Muslim harus dibezakan daripada tradisi-tradisi agama yang wujud pada hari ini. Justeru, kajian ini menyimpulkan bahawa pemikiran al-Faruqi tidak mendukung pluralisme agama tetapi selari dengan kefahaman majoriti umat Islam berdasarkan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. |
---|