Satu tinjauan ke atas langkah strategik kerajaan, swasta dan NGO dalam melaksanakan hukum boikot barangan Israel / Anas Mohd Yunus ... [et al.]

Kertas ini membincangkan langkah strategik yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia, pihak swasta dan NGO bagi melaksanakan hukum boikot ke atas barangan dan perkhidmatan Israel dan sekutunya untuk memberi tekanan ke atas pencerobohan dan pencabulan mereka ke atas wilayah dan hak-hak rakyat Pales...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yunus, Anas, Abd Wahid, Najihah, Che Omar, Mustafa
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35441/1/35441.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35441/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: Malay
Description
Summary:Kertas ini membincangkan langkah strategik yang boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia, pihak swasta dan NGO bagi melaksanakan hukum boikot ke atas barangan dan perkhidmatan Israel dan sekutunya untuk memberi tekanan ke atas pencerobohan dan pencabulan mereka ke atas wilayah dan hak-hak rakyat Palestin. Hukum pemboikotan ini telah dijelaskan oleh para ulama semasa. Namun pelaksanaannya menghadapi beberapa masalah seperti tindakbalas undang-undang daripada beberapa negara yang mempunyai akta anti boikot di samping kesan ekonomi yang bukan sahaja merugikan negara, bahkan juga boleh memberi kesan kepada rakyat Palestin. Maka, apakah langkah-langkah strategik yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tersebut bagi isu ini. Kertas ini akan menghuraikan hukum boikot tersebut ke atas kerajaan Malaysia, implikasinya kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Palestin serta langkah-langkah strategik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO. Ini penting untuk mengimplementasikan hukum boikot dalam suasana yang kondusif dan selamat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Ia juga menggunakan kaedah-kaedah fiqh dan prinsip siyasah syar’iyyah untuk mengetahui hukum dan langkah strategik yang boleh dilakukan berdasarkan kepada Syariah Islamiyyah. Hasil kajian mendapati kerajaan Malaysia dan pihak-pihak swasta serta NGO boleh melaksanakan hukum tersebut dalam beberapa kapasiti dan sebahagiannya telah dilakukan secara tidak langsung.