Pola dorongan sosial terhadap konsistensi niat menderma darah bagi Penderma Darah Awalan (PDA) dan Penderma Darah Mapan (PDM) / Juliana Rosmidah Jaafar ... [et al.]

Pemupukan niat menderma darah yang konsisten adalah penting untuk menjadikan seseorang terlibat dalam aktiviti ini secara berterusan. Antara faktor yang dapat menggalakkan seseorang mempunyai niat berterusan untuk menderma darah adalah melalui motivasi psikologikal yang kukuh, seperti sikap positif,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jaafar, Juliana Rosmidah, Chong, Sheau Tsuey, Desa, Asmawati, Alavi, Khadijah, Wooi, Seong Kam
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35572/1/35572.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35572/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: Malay
Description
Summary:Pemupukan niat menderma darah yang konsisten adalah penting untuk menjadikan seseorang terlibat dalam aktiviti ini secara berterusan. Antara faktor yang dapat menggalakkan seseorang mempunyai niat berterusan untuk menderma darah adalah melalui motivasi psikologikal yang kukuh, seperti sikap positif, keyakinan diri dan mempunyai kawalan terhadap persepsi masyarakat. Namun begitu, seseorang penderma darah tidak boleh bergantung semata-mata terhadap faktor psikologikal kerana aspek ini tidak bersifat tekal dan boleh berubah mengikut penilaian dalaman seseorang. Oleh itu, diandaikan bahawa penderma darah memerlukan dorongan daripada jaringan sosial sebagai agen sosial untuk membantu mereka mengekalkan konsistensi niat menderma darah melalui pengukuhan motivasi psikologikal . Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk meneroka aspek dorongan jaringan sosial terhadap konsistensi niat menderma darah bagi kumpulan Penderma Darah Awalan (PDA) dan Penderma Darah Mapan 873 (PDM). Data kajian ini diperolehi melalui dua belas siri temubual separa struktur terhadap 20 orang penderma darah. Responden yang dipilih secara persampelan bertujuan merupakan penderma darah di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan pendermaan darah bagi responden kajian adalah berjulat antara enam hingga 66 kali. Data temubual dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema. Hasil kajian mendapati bahawa semua responden mempunyai konsistensi niat menderma darah. Kajian ini turut mendapati bahawa wujud pola dorongan sosial yang berbeza antara PDA dan PDM. Bagi PDA, didapati bahawa pola dorongan sosial adalah dalam bentuk dwi-hala, di mana PDA dan individu lain dalam jaringan sosial saling memberi dorongan untuk menderma darah. Tindakan saling mendorong ini dilihat sebagai agen pemupukan aspek psikologikal dan konsistensi niat menderma darah bagi kumpulan PDA. Selain itu, kumpulan PDA juga mempamerkan pola dorongan sehala sama ada secara sehala-eksternal dan sehala-internal antara PDA dan individu lain dalam jaringan sosial. Manakala bagi PDM, pola dorongan kumpulan PDM adalah lebih berbentuk sehala-eksternal, iaitu dorongan untuk menderma darah diberikan oleh PDM kepada pihak luar. Sebaliknya mereka tidak menerima sebarang dorongan daripada pihak luar untuk terus kekal dalam aktiviti ini. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada pihak pengurusan bekalan darah bahawa jaringan sosial memainkan peranan yang penting terhadap pengekalan niat menderma darah dalam konteks pola sokongan dalam kalangan penderma darah tempatan. Kajian akan datang perlu mengkaji dengan lebih mendalam mengenai pola jaringan sosial memandangkan faktor ini didapati berupaya mengukuhkan faktor psikologikal dan konsistensi niat menderma darah dalam kalangan penderma darah.