Kurikulum seni silat Malaysia serta sumbangannya kepada warisan dan tamadun Melayu / Mohamad Nizam Mohamed Shapie ... [et al.]
Silat merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu yang digunakan sebagai ilmu pertarungan yang telah disusun menjadi ilmu seni perang Melayu tradisi. Ilmu ini diamalkan seiring dengan warisan yang lain seperti bahasa, adat istiadat, kesenian, kesusasteraan, permainan, busana, pertukangan, pelaya...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35696/1/35696.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35696/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | Malay |
Summary: | Silat merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu yang digunakan sebagai ilmu pertarungan yang telah disusun menjadi ilmu seni perang Melayu tradisi. Ilmu ini diamalkan seiring dengan warisan yang lain seperti bahasa, adat istiadat, kesenian, kesusasteraan, permainan, busana, pertukangan, pelayaran, senjata, petua lain-lain lagi. Apabila institusi di raja tidak lagi menaungi para pahlawan dan orang perang, maka institusi seni perang Melayu tradisi telah bertukar peranan sebagai ilmu seni bela diri kepada orang-orang Melayu yang mana secara tidak langsung membentuk jati diri bangsa Melayu. Walaupun penulisan ilmiah ilmu PERSILATan tidak pernah ditemui, namun melalui karya sastera dan sejarah tamadun Melayu menunjukkan bahawa ilmu perang tradisi ini menggambarkan peranan para pahlawan yang mahir bersilat. Pada tahun 2006 Silat telah diiktiraf sebagai Ilmu Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara. Silat Melayu iaitu silat asli tempatan versi Malaysia telah berkembang kepada beberapa kumpulan yang diperturunkan secara tidak seragam. Manakala terdapat juga ilmu seni mempertahankan diri kaum pribumi yang masih diamalkan di kalangan kaum masing-masing. Kaedah pendidikan silat Melayu tradisi menggunakan gelanggang bangsal semakin kurang diamalkan disebabkan perkembangan silat di bandar-bandar yang menggunakan lapangan, dewan, kelab atau bangunan. Kaedah pendidikan silat moden wajar menggunakan satu Kurikulum Silat lengkap dengan sukatan dan rancangan pelajaran silat yang dapat membantu para guru dan jurulatih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran silat serta ujian penilaian yang setara dan telus. Keseragaman perkhidmatan pendidikan silat memudahkan pengurusan ilmu dan masa depan silat, di samping membantu para guru, jurulatih dan pesilat memperkasakan perkhidmatan pendidikan silat di Malaysia. |
---|