Pengecaman tumbuhan bernilai komersil di hutan simpan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang serta penyaringan bahan-bahan metabolit sekundernya / Ainun Jariah Manaf … [et. al.]
Hutan Simpan Universiti Teknologi Mara cawangan Pahang merupakan hutan simpan yang digazetkan bagi kegunaan masyarakat UiTM. Kepelbagaian spesies yang terdapat di Hutan Tanah Pamah ini telah menarik perhatian segolongan penyelidik dari UiTM cawangan Pahang untuk mengkaji spesies tumbuhan yang me...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
BUREAU OF RESEARCH & CONSULTANCY
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/36580/1/36580.PDF http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/36580/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | Malay |
Summary: | Hutan Simpan Universiti Teknologi Mara cawangan Pahang merupakan
hutan simpan yang digazetkan bagi kegunaan masyarakat UiTM.
Kepelbagaian spesies yang terdapat di Hutan Tanah Pamah ini telah
menarik perhatian segolongan penyelidik dari UiTM cawangan Pahang
untuk mengkaji spesies tumbuhan yang mempunyai kepentingan ubatan
dan seterusnya mengekstrak tumbuhan terpilih. Tapak kajian melibatkan
kawasan hutan seluas 13.10 ekar atau 0.053 km persegi iaitu 63 % dari
keluasan sebenar Hutan Simpan UiTM. Pengecaman spesies dan kajian
botani dilakukan hasil gabungan maklumat yang diperolehi dari pengamal
perubatan tradisional dan pakar botani. Sebanyak 50 spesies telah cuba
dicamkan berdasarkan kepada dua faktor utama iaitu yang mempunyai
kepentingan dari ubatan dan juga dari segi lanskap. Kandungan bahan
metabolit sekunder yang terdapat pada tumbuhan terpilih dilakukan proses
penskerinan fitokimia khususnya terpenoid dan alkaloid. Propagasi turut
dilakukan melalui kaedah pembiakan vegetatif iaitu melalui keratan
batang dan tut. Daripada sebanyak 50 spesies yang cuba dicamkan, hanya 19 spesies sahaja yang difokuskan
untuk huraian biologi berdasarkan potensi dan khasiat tumbuhan tersebut dalam perubatan
serta bernilai komersil dan juga dari segi lanskap. Propagasi turut dilakukan pada tumbuhan tumbuhan
melalui kaedah vegetative iaitu melalui keratan batang dan tut. Kandungan bahan
metabolit sekunder yang terdapat pada tumbuhan terpilih dilakukan penskerinan fitokimia
khususnya terpenoid dan alkaloid. Kebanyakan daripada tumbuhan ini telah dibuat kajian
tetapi didapati tumbuhan Apama tomentosa atau Hempedu landak masih tiada kajian yang
dilaporkan. Selain dari tumbuhan ini mempunyai ciri yang menarik dan mudah untuk dijumpai
di Hutan Simpan ini, ia juga memberikan keputusan yang sangat baik dalam semua ujian
Kromatografi Lapisan Nipis dengan menyumbangkan bilangan komponen yang banyak dan
susunan Rf yang memudahkan penyisihan komponen berkenaan |
---|