D’cious Ice-Cream Enterprise / Khairol Idzwan Abd Khaiyom…[et al.]
Bidang perniagaan atau dunia keusahawanan merupakan satu kegiatan ekonomi yang amat menguntungkan tetapi memerlukan ketabahan, kegigihan dan kesungguhan dalam menjayakan sesuatu projek atau perniagaan. Selain daripada keyakinan diri dan semangat yang tinggi, seseorang itu haruslah juga kreatif, cepa...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Entrepreneurship Project |
Language: | English |
Published: |
1997
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38177/1/38177.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38177/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Bidang perniagaan atau dunia keusahawanan merupakan satu kegiatan ekonomi yang amat menguntungkan tetapi memerlukan ketabahan, kegigihan dan kesungguhan dalam menjayakan sesuatu projek atau perniagaan. Selain daripada keyakinan diri dan semangat yang tinggi, seseorang itu haruslah juga kreatif, cepat bertindak terhadap peluang-peluang yang ada, bersemangat, inovatif, berinisiatif dan peka terhadap perkembangan dunia perniagaan yang semakin kompetitif.
Sebagai menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan supaya lebih ramai kaum Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, maka kami telah bersepakat untuk menubuhkan D’cious Icecream Enterprise. D’cious Icecream Enterprise merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti atau jenis perniagaan secara perusahaan atau dalam erti kata yang sebenar syarikat kami menjalankan aktiviti perusahaan aiskrim. Syarikat ini ditubuhkan oleh lima orang rakan kongsi yang berperanan secara langsung dalam menguruskan syarikat ini. Penubuhan syarikat ini adalah ekoran daripada kekurangan penglibatan bumiputera secara komersial dalam bidang perusahaan aiskrim. Berdasarkan tinjauan yang kami lakukan, perusahaan aiskrim secara komersil di Malaysia dimonopoli oleh golongan bukan bumiputera sahaja dan hanya terdapat beberapa buah kilang sahaja yang menjalankan perusahaan ini di setiap negeri. Kami percaya perusahaan ini mempunyai masa depan yang cerah memandangkan kepada permintaan ke atas produk aiskrim adalah tidak terhad kepada peringkat umur yang tertentu sahaja. Semua peringkat umur menggemari produk ini tidak kira tua atau muda.
Perusahaan ini juga mempunyai potensi yang amat besar untuk mengaut keuntungan pada masa akan datang. Lokasi atau tapak kilang kami beralamat di No. 73 Senawang Suria, Semi Industry
Park, Jalan Seremban Tampin, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Kami memilih untuk menjalankan perusahaan kami di sini kerana ianya adalah sasaran pasaran kami. Selain itu, lokasi di kawasan ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang lengkap seperti sistem pengairan, tenaga buruh yang ramai, sistem perhubungan yang baik (jalanraya dan sebagainya) serta kadar sewa tanah yang rendah. Produk (aiskrim) keluaran kami pada dasarnya tidak banyak bezanya daripada syarikat- syarikat aiskrim yang lain tetapi produk kami dijamin tidak mempunyai kandungan yang haram digunakan seperti gelatin haiwan dan bahan perasa serta pewarna yang berlebihan.
Dalam erti kata yang lain, kami mementingkan keaslian tetapi tidak mengenepikan citarasa para pelanggan kami.
Akhir kata, kami semua yakin perniagaan ini dapat menghasilkan keuntungan yang menggalakkan berdasarkan kepada penyelidikan kami dari pelbagai aspek. |
---|