Menilai keberkesanan program pemantapan akademik pelajar (PAP) bagi para pelajar ijazah sarjana muda pengurusan sistem pejabat (OM221), UiTM Pahang / Abd Razak Said and Naliza Solat

Program Pemantapan Akademik Pelajar (PAP) adalah satu program yang dianjurkan bagi memperbaiki tahap purata nilai gred (PNG) yang rendah (kurang dari 2.50) di kalangan para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (OM221), Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat Cawangan Pahang. Ser...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Said, Abd Razak, Solat, Naliza
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38975/1/38975.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/38975/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: Malay
Description
Summary:Program Pemantapan Akademik Pelajar (PAP) adalah satu program yang dianjurkan bagi memperbaiki tahap purata nilai gred (PNG) yang rendah (kurang dari 2.50) di kalangan para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (OM221), Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat Cawangan Pahang. Seramai 87 orang pelajar OM221 telah dikenalpasti dan menjadi peserta di dalam program ini bagi semester Disember 2010 - April 2011. Kajian ini· bertujuan untuk menilai program PAP secara keseluruhan dari Perspektif peserta. Selain daripada itu, kajian ini juga melihat perbezaan min PNG keputusan peperiksaan akhir para peserta sebelum dan selepas program dijalankan. Pengumpulan data dibuat dengan mengedarkan borang kaji selidik serta menilai keputusan peperiksaan akhir para pelajar yang terlibat. Data seterusnya dianalisis menggunakan SPSS versi 18. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa hampir keseluruhan aspek yang diukur iaitu jangka masa kursus, bahan peralatan, kawasan persekitaran lokasi program dijalankan, pihak urusetia serta fasilitator adalah pada tahap yang memuaskan. Seramai 98.9% pelajar bersetuju bahawa program ini meningkatkan tahap kualiti pembelajaran mereka. Selain daripada itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dari segi pencapaian PNG selepas program dibuat. Adalah diharapkan, dapatan dalam kajian ini dapat digunakan oleh pihak pengurusan program OM221 dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program ini untuk diadakan pada masa hadapan, seterusnya memberikan impakyang lebih positif terhadap proses pembelajaran para pelajar OM221 di UiTM Pahang ini.