Fireblade Bikers Dream / Azaharuddin Abdul Rahim…[et al.]
Rancangan perniagaan ini adalah perancangan untuk menubuhkan sebuah perniagaan yang menjual motorsikal berkuasa tinggi serta perkhidmatan servis. Perniagaan kami adalah berbentuk perkongsian dan di usahakan oleh rakan kongsi.Kami yakin pemiagaan ini berpotensi untuk berkembang maju memandangkan pert...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Entrepreneurship Project |
Language: | English |
Published: |
1996
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40253/1/40253.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/40253/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Rancangan perniagaan ini adalah perancangan untuk menubuhkan sebuah perniagaan yang menjual motorsikal berkuasa tinggi serta perkhidmatan servis. Perniagaan kami adalah berbentuk perkongsian dan di usahakan oleh rakan kongsi.Kami yakin pemiagaan ini berpotensi untuk berkembang maju memandangkan pertambahan minat orang ramai terhadap barangan ini .Tambahan pula taraf hidup dan taraf ekonomi penduduk Malaysia semakin meningkat dan ini membuktikan bahawa ramai penduduk yang mampu memiliki motorsikal berkuasa tinggi .Selain itu, persaingan yang kecil dikalangan penjual motorsikal berkuasa tinggi meyakinkan kami untuk membuka perniagaan ini. Berdasarkan faktor - faktor ini, kami telah bersetuju dan bersepakat untuk membuka sebuah perniagaan yang kami yakin akan berkembang maju dan akan memberi pulangan yang lumayan, Kami juga telah bersepakat untuk memberikan nama syarikat kami dengan nama FIREBLADE BIKERS DREAM.
Perniagaan kami menawarkan motorsikal - motorsikal berkuasa tinggi daripada jenama - jenama yang terkenal seperti Kawasaki, Honda, Yamaha dan Suzuki. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan servis seperti menukar minyak hitam, palam pencucuh, pad brek dan membersihkan kaburator. Bagi memastikan pemiagaan kami sentiasa mendapat tempat dalam pasaran, kami menitik beratkan soal kepuasan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. |
---|