Blanco Sport Café / Norfashiha Mohd. Afendi … [et al.]
Bidang perniagaan dan keusahawanan merupakan satu kegiatan ekonomi yang penuh dengan cabaran. Dari itu untuk mencapai kecemerlangan, seseorang usahawan perlu mempunyai sifat yang tabah, gigih, semangat yang tinggi, keyakinan diri disamping bijak merebut peluang-peluang yang ada. Kami ingin menyahut...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Entrepreneurship Project |
Language: | English |
Published: |
1999
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41512/1/41512.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41512/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Bidang perniagaan dan keusahawanan merupakan satu kegiatan ekonomi yang penuh dengan cabaran. Dari itu untuk mencapai kecemerlangan, seseorang usahawan perlu mempunyai sifat yang tabah, gigih, semangat yang tinggi, keyakinan diri disamping bijak merebut peluang-peluang yang ada. Kami ingin menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar seperti Alor Gajah, iaitu lokasi syarikat kami. Ini sejajar dengan tuntutan negara untuk menyedarkan lebih ramai 'celik IT' seiring dengan negara menuju ke alaf baru. Berdasarkan penyelidikan serta pemerhatian kami secara teliti, kami dapati lokasi pemiagaan kami iaitu No. 22, Jalan Dimensi 15, Taman Dimensimerupakan kawasan yang paling strategi untuk kami memulakan perniagaan. Ini kerana lokasi ini merupakan kawasan perumahan yang mana terdapat kemudahan awam seperti pengangkutan awam iaitu perhentian bas dan teksi dan deretan rumah kedai. Lokasi ini juga berhadapan dengan Universiti Teknologi MARA yang mana sasaran utama pelanggan kami adalah penuntut-penuntutnya. Oleh itu kami memilih perniagaan ini untuk merebut peluang-peluang yang ada apatah lagi ia bertepatan dengan langkah kerajaan untuk menambah bilangan usahawan muda di kalangan Bumiputera dalam bidang perniagaan. Perniagaan kami ini mempunyai potensi yang besar untuk maju. Kami merancang untuk memulakan perniagaan ini pada tahun 2003 sepenuhnya. Kami memberi perkhidmatan siber kafe dan snooker kepada pelanggan kami, yang mana perniagaan kami ini diberi nama Blanco Sport Cafe. |
---|