Pengaruh kepimpinan pengetua terhadap motivasi kerja guru / Norhayati Yaacob dan Ariza Yaacob
Kajian ini bertujuan melihat sama ada terdapat perkaitan antara Kepimpinan Pengetua dengan Motivasi Kerja Guru. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang guru daripada empat (4) buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian di Alor Gajah, Melaka. Data kajian dikumpul dengan menggunakan kaedah soal se...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42701/1/42701.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42701/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan melihat sama ada terdapat perkaitan antara Kepimpinan Pengetua dengan Motivasi Kerja Guru. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang guru daripada empat (4) buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian di Alor Gajah, Melaka. Data kajian dikumpul dengan menggunakan kaedah soal selidik.Tiga faktor Kepimpinan Pengetua yang meliputi Komunikasi dan Jangkaan yang Jelas, Pengiktirafan dan Penilaian yang Adil, dan Sokongan terhadap Tugas dan Disiplin, serta tiga aspek pemboleh ubah Motivasi Kerja Guru iaitu Matlamat Pencapaian, Matlamat Kuasa, dan Matlamat Afiliasi telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis dengan analisis deskriptif, Ujian-t,ANOVA satu hala dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan signifikan dalam Motivasi Kerja Guru berdasarkan faktor jantina, tetapi terdapat perbezaan signifikan bila dilihat dari profil umur dan pengalaman mengajar. Tidak terdapat juga perbezaan signifikan pada persepsi terhadap Kepimpinan Pengetua mengikut jantina guru. Dapatan juga menunjukkan persepsi guru terhadap kewibawaan Kepimpinan Pengetua adalah tinggi. Secara umumnya, kajian membuktikan Kepimpinan Pengetua mempunyai pengaruh positif yang kuat terhadap Motivasi Kerja Guru kerana terbukti terdapatnya hubungan signifikan diantara faktor Kepimpinan Pengetua dengan aspek Motivasi Kerja Guru. |
---|