Produk pelancongan jejak warisan Bandar Alor Setar, Kedah Darulaman : isu dan cabaran / Nur Hanim Ilias dan Azran Mansor

Pelancongan warisan di Malaysia semakin mendapat tempat dan permintaan daripada pelancong. ‘Heritage Trail’ atau Jejak Warisan merupakan satu produk pelancongan yang bertanggung jawab untuk memberikan informasi mengenai nilai warisan sesuatu tempat dan secara tidak langsung memperkenalkan keunikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ilias, Nur Hanim, Mansor, Azran
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43166/1/43166.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43166/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pelancongan warisan di Malaysia semakin mendapat tempat dan permintaan daripada pelancong. ‘Heritage Trail’ atau Jejak Warisan merupakan satu produk pelancongan yang bertanggung jawab untuk memberikan informasi mengenai nilai warisan sesuatu tempat dan secara tidak langsung memperkenalkan keunikan tempat tersebut. Penyelidikan yang dijalankan di Bandar Alor Setar yang telah berusia 275 tahun ini adalah untuk mengkaji isu dan cabaran program Jejak Warisan Bandar Alor Setar sebagai produk pelancongan di negeri Kedah Darulaman. Gabungan kaedah kualitatif serta kuantitatif telah dilakukan di dalam penyelidikan ini. Kaedah kualitatif dilaksanakan secara etnografi iaitu melalui temubual serta pemerhatian dan pengamatan untuk menilai kualiti pelaksanaan program tersebut. Kaedah kuantitatif pula dilakukan dengan menjalankan soal selidik di kalangan pelancong dan pengunjung untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap program Jejak Warisan Bandar Alor Setar sebagai produk pelancongan. Penemuan penyelidikan menunjukkan bahawa, terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh program Jejak Warisan Bandar Alor Setar yang secara tidak langsung telah menjejaskan kualiti produk pelancongan tersebut. Perlaksanaan dan penyediaan komponen yang kurang memuaskan di dalam program tersebut menjadi isu dan cabaran utama terhadap penerimaan produk pelancongan warisan di kalangan pelancong di Bandar Alor Setar.