Pola dan penyerakan migrasi di Negeri Perak dari 1980- 2000 dan penelitian awal implikasinya / Mohd Fadzil Abdul Rashid , Mohd Roswodi Mat Zin and Norhazlan Haron

Migrasi dalaman merupakan satu fenomena spatial yang tidak boleh disekat seperti urbanisasi. Ini berikutan migrasi didorong oleh berbagai faktor sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan fizikal bagi memenuhi keperluan hidup manusia. Tingkah laku migrasi ini amat signifikan untuk difahami. Ini kerana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rashid, Mohd Fadzil, Mat Zin, Mohd Roswodi, Haron, Norhazlan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43460/1/43460.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43460/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Migrasi dalaman merupakan satu fenomena spatial yang tidak boleh disekat seperti urbanisasi. Ini berikutan migrasi didorong oleh berbagai faktor sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan fizikal bagi memenuhi keperluan hidup manusia. Tingkah laku migrasi ini amat signifikan untuk difahami. Ini kerana migrasi merupakan antara elemen penting yang menyumbangkan kepada perubahan struktur demografi, ruang dan ekonomi sesuatu kawasan sama ada di kawasan menghantar migrasi (origin) dan destinasi. Masalah yang sering dikaitkan dengan migrasi antaranya ialah kemiskinan bandar, kesesakan, masalah sosial, penurunan pertumbuhan penduduk di luar bandar, dan tanah pertanian terbiar kerana kurangnya tenaga kerja di luar bandar dan sebagainya. Kertas kerja ini mencuba menilai dan memahami pola dan penyerakan migrasi di 8egeri Perak dan menjelaskan implikasi migrasi khususnya terhadap struktur demografi penduduk. Penilaian pola dan penyerakan migrasi adalah berasaskan kepada Model Komponen Berganda (MKB) mengguna pakai data migrasi daripada bancian penduduk dan perumahan 1980, 1991, dan 2000. Implikasi migrasi pula adalah berasaskan kepada tinjauan awal terhadap dua pekan kecil di 8egeri Perak: Lambor Kanan dan Batu Gajah. Hasil analisis merumuskan bahawa pola dan penyerakan migrasi semasa (2000) di 8egeri Perak lebih mudah difahami berbanding tahun 1980 dan 1991, dan migrasi kembali (return migration) dari bandar ke luar bandar di Negeri Perak sudah mula berlaku. Migrasi juga didapati mempengaruhi perubahan struktur demografi di kedua kawasan yang ditinjau seperti pengurangan jumlah isi rumah dan golongan umur bekerja (sumber manusia). Akhirnya, kertas kerja ini mencadangkan supaya suatu kajian lain lebih terperinci perlu dibuat bagi menilai implikasi migrasi terhadap perubahan struktur demografi dan ekonomi penduduk di kawasan luar bandar.