Perspektif hubungan Malaysia – Indonesia : satu tinjauan dalam kalangan kepimpinan belia Indonesia / Siti Melinda Haris ... [et al.]

Hubungan Malaysia-Indonesia telah berlarutan sejak sekian lama, sedari era kegemilangan kerajaan Melayu lama di Nusantara sehingga kedua-duanya berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1940-50an. Sesungguhnya, persahabatan dalam era moden ini banyak sekali cabarannya dan ianya dihambat dengan pelbaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haris, Siti Melinda, Mohd Shazali, Nurliyana, Abu Hassan, Nurul Nadia, Badaruddina, Shaharuddin, Che Sohb, Mazlan, Othman, Mohammad Nor
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44764/1/44764.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44764/
https://jas.uitm.edu.my/index.php/14-archieve-2015/22-volume-12-no-2-dec-2015
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Hubungan Malaysia-Indonesia telah berlarutan sejak sekian lama, sedari era kegemilangan kerajaan Melayu lama di Nusantara sehingga kedua-duanya berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1940-50an. Sesungguhnya, persahabatan dalam era moden ini banyak sekali cabarannya dan ianya dihambat dengan pelbagai isu. Masalah tenaga kerja, isu perbatasan, isu kebudayaan dan sebagainya dikenalpasti antara beberapa faktor yang mewarnai hubungan diplomatik kedua buah negara ini. Kajian ini dilakukan menerusi pendekatan kualitatif dan kuantitatif, di mana ianya telah melibatkan 73 orang responden dalam kalangan pemimpin beberapa persatuan belia di Indonesia. Ia meliputi sebahagian bandar-bandar utama di Indonesia seperti Medan, Padang, Jakarta, Bandung, Surabaya dan Banjarmasin dengan proses pengumpulan data telah bermula dari bulan November 2013 dan berakhir pada Ogos 2014. Kajian ini telah mengenalpasti persepsi serta pandangan kepimpinan belia Indonesia terhadap isu yang pada pendapat mereka kerapkali menghantui hubungan ini dan perlu diberikan perhatian. Beberapa cadangan turut diberikan bagi menyuburkan akar hubungan ke dua rumpun ini.