Kerangka awal pembentukan modul pengajaran bahasa Al-Quran untuk orang awam menggunakan warna primer / Azlan Shaiful Baharum and Mohammad Loqman Ibrahim

Pembelajaran bahasa Arab menerusi Al-Quran telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media islamik hari ini yang giat menyiarkan rancangan berbentuk pengajaran Al-Quran dan majlis-majlis ilmu di masjid juga memainkan peranannya. Maka, masyarakat tidak ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baharum, Azlan Shaiful, Ibrahim, Mohammad Loqman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46334/1/46334.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46334/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pembelajaran bahasa Arab menerusi Al-Quran telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh pengaruh media islamik hari ini yang giat menyiarkan rancangan berbentuk pengajaran Al-Quran dan majlis-majlis ilmu di masjid juga memainkan peranannya. Maka, masyarakat tidak terlepas daripada pendedahan terhadap bahasa Arab yang menjadi bahasa pengantaraan bagi membawa mesej Al-Quran dan Hadis. Tambahan pula, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima oleh Allah SWT khususnya ibadah solat. Hal ini menjadikan bahasa Arab amat sinonim dengan umat Islam. Di Malaysia, pelbagai kaedah pengajaran untuk memahami bahasa Al-Quran telah cuba dihasilkan. Oleh itu pengkaji mengambil inisiatif untuk membentuk satu modul yang sesuai untuk mereka. Kajian ini bertujuan untuk membina kerangka sebuah modul pembelajaran bahasa Arab Al-Quran dengan teknik yang menarik. Ia juga untuk menghasilkan sebuah modul yang sesuai untuk segenap masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini mengkaji pendekatan baru untuk orang awam dalam mempelajari perkataan bahasa Arab Al-Quran iaitu menerusi warna asas atau primer. Di samping itu, kajian ini juga turut memberikan pendedahan asas kepada orang awam tentang hukum-hukum tatabahasa Arab yang terdapat di dalam Al-Quran secara mudah. Pembentukan modul ini menerapkan Model ADDIE yang merupakan antara model rekabentuk yang sistematik dan efektif. Ia terdiri daripada lima fasa iaitu analisis keperluan masyarakat awam, reka bentuk asas modul bahasa al-Quran, pembangunan modul beteraskan kaedah lahiriah dan batiniah hasil adaptasi modul Al-Nadwi, perlaksanaan modul terbabit dan penilaian keberkesanannya. Hasil daripada penggunaan model ADDIE ini, maka satu modul terbina dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P) seiring dengan citarasa dan keperluan pelajar terutama masyarakat awam dalam memahami bahasa Al-Quran