Impak urbanisasi dan peranan wanita. kajian kes : wanita Melayu kelas pekerja di Shah Alam / Yusfida Ayu Abdullah @ Mohd. Zain dan Habsah Hashim

Wanita yang terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia telah lama memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Sumbangan mereka merangkumi peranan mereka sama ada sebagai seorang ibu, isteri, ahli keluarga, pekerja yang bergaji, mahupun sebagai ahli masyarakat. Ki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah @ Mohd. Zain, Yusfida Ayu, Hashim, Habsah
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47507/1/47507.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47507/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Wanita yang terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia telah lama memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Sumbangan mereka merangkumi peranan mereka sama ada sebagai seorang ibu, isteri, ahli keluarga, pekerja yang bergaji, mahupun sebagai ahli masyarakat. Kini, gunatenaga golongan wanita telahpun bertambah dan mampu bersaing dengan kaum lelaki, sekaligus membantu mempertingkatkan tahap ekonomi negara. Sumbangan yang besar oleh golongan wanita telah lama mendapat pengiktirafan oleh kerajaan, dan disebabkan oleh ini maka kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka di dalam proses pembangunan negara dengan membuka peluang-peluang yang lebih luas untuk menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik. Malahan, menyedari akan pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan telah membentuk strategi-strategi yang khusus untuk golongan wanita, termasuklah menggubal Dasar Wanita Negara dalam tahun 1989, yang mana bertujuan untuk mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara. Golongan wanita juga dikatakan sebagai kaum yang serba berkebolehan kerana mampu untuk melaksanakan pelbagai tugas dan tanggungjawab serentak sama ada peranan mereka di rumah, mahupun di luar sebagai pekerja dan anggota masyarakat. Kebolehan ini seharusnya diberikan penghargaan dan kaum wanita sewajarnya disokong oleh semua pihak termasuklah ahli keluarga mereka, majikan di tempat kerja dan ahli masyarakat yang lain. Sungguhpun kerajaan telah menyusun pelbagai strategi dan program bagi memantapkan pembangunan wanita di arena sosial, ekonomi dan politik, namun kaum wanita masih melalui pelbagai halangan dan dilema dalam hidup mereka, terutamanya golongan wanita yang tinggal di bandar. Keadaan menjadi lebih rumit andainya wanita yang tinggal di bandar ini mempunyai pendapatan isirumah yang kecil iaitu di bawah RM2000 sebulan. Dengan pendapatan yang kecil ini dan beban serta tanggungjawab rumahtangga yang besar, maka kehidupan mereka perlulah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan awam di kawasan kejiranan mereka dan juga dilengkapi dengan sistem sokongan sosial. Ini adalah bagi meringankan bebanan tugas mereka terutamanya bagi mereka yang bekerja. Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat untuk melihat peranan wanita yang tinggal di bandar dan mempunyai pendapatan isirumah RM2000 dan ke bawah, serta menilai sistem sokongan sosial dan kemudahan awam di kawasan kejiranan mereka. Diharapkan dengan adanya kajian sebegini, maka isu dan masalah golongan wanita ini dapat dikenalpasti dan dari sini dapatlah disusun strategi dan cadangan yang bersesuaian, demi meningkatkan kesejahteraan kaum wanita di bandar.