Pengaruh penggunaan format visual multimedia dan gaya kognitif ke atas daya ingatan pelajar / Rozimah Bidin

Kajian ini bertujuan meneliti pengaruh format visual multimedia dan gaya kognitif ke atas daya ingatan pelajar universiti di Malaysia. Pelajar menduduki ujian Kemahiran Mengesan Bentuk-bentuk Tersembunyi (Group Embedded Figure Test -GEFT) untuk menentukan kecederungan gaya kognitif bebas medan atau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bidin, Rozimah
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48448/1/48448.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48448/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneliti pengaruh format visual multimedia dan gaya kognitif ke atas daya ingatan pelajar universiti di Malaysia. Pelajar menduduki ujian Kemahiran Mengesan Bentuk-bentuk Tersembunyi (Group Embedded Figure Test -GEFT) untuk menentukan kecederungan gaya kognitif bebas medan atau bergantungan medan. Eksperimen rekabentuk faktorial 2x2 format visual multimedia (statik dan animasi) dan gaya kognitif (bebas medan dan bergantungan medan) dijalankan mengikut kumpulan dan prosidur yang ditentukan oleh pengkaji. Kecekapan mengingat semula format visual multimedia diukur untuk menentukan format yang mempunyai pengaruh yang tinggi di kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan format visual multimedia animasi (dinamik) lebih mempengaruhi daya ingatan visual di kalangan pelajar universiti berbanding format visual multimedia warna (statik). Pelajar yang tergolong dalam gaya kognitif kecenderungan bebas medan mempunyai tahap ingatan yang lebih tinggi berbanding pelajar kecenderungan bergantungan medan. Ini menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara skor ujian GEFT dengan pencapaian akademik pelajar.