Analisis penentu perbezaan upah mengikut kemahiran di Malaysia / Nik Azma Wail … [et al.]

Di Malaysia, permintaan terhadap kemahiran buruh telah mengalami perubahan kesan daripada pembangunan ekonomi. Kesan selanjutnya, berlaku perubahan dalam nisbah upah antara kemahiran yang memihak kepada buruh yang lebih mahir. Terdapat banyak faktor yang menentukan tingkat upah pekerja seperti modal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wail, Nik Azma, Nazri, Nazatul Azrin, Ismail, Rahmah, Yussof, Ishak
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50107/1/50107.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50107/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Di Malaysia, permintaan terhadap kemahiran buruh telah mengalami perubahan kesan daripada pembangunan ekonomi. Kesan selanjutnya, berlaku perubahan dalam nisbah upah antara kemahiran yang memihak kepada buruh yang lebih mahir. Terdapat banyak faktor yang menentukan tingkat upah pekerja seperti modal manusia khususnya pencapaian pendidikan, pengalaman dan latihan, faktor demografi dan sektor pekerjaan. Walau bagaimanapun, setelah mengambilkira perbezaan berhubung ciri-ciri produktiviti ini, perbezaan upah mengikut jenis pekerjaan atau kemahiran masih berlaku yang boleh disebabkan oleh perlakuan diskriminasi. Kertas ini bertujuan mengenalpasti penentu perbezaan upah mengikut kemahiran di Malaysia termasuklah peranan diskriminasi. Analisis ini adalah berdasarkan kepada data 2,216 ketua isirumah yang telah di kutip pada 2007/2008. Analisis melibatkan penganggaran persamaan regresi bagi mencari faktor penentu tingkat upah pekerja mengikut kemahiran, mahir, separa mahir dan tidak mahir. Kemudiannya, faktor perbezaan upah antara pelbagai kemahiran dihitung dengan menggunakan model pengasingan upah Blinder (1973). Hasil kajian menunjukkan pemboleh ubah modal manusia memainkan peranan utama dalam menentukan tingkat dan perbezaan upah mengikut kemahiran. Hasil juga menunjukkan 64.2 peratus daripada perbezaan upah pekerja mahir dan separuh mahir disumbangkan oleh pemboleh ubah yang dapat diterangkan dan 35.75 peratus adalah daripada pemboleh ubah yang tidak dapat diterangkan. Bagi perbezaan upah antara pekerja mahir dan tidak mahir pula, sebanyak 77.2 peratus disumbangkan oleh pemboleh ubah yang dapat diterangkan dan 22.80 peratus adalah daripada pemboleh ubah yang tidak dapat diterangkan.