Hidrolisis poliuretana tegar sawit / Syuhada Mohd Tahir … [et al.]

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tindak balas hidrolisis poliuretana tegar sawit. Poliuretana tegar disintesis menggunakan monoester-OH isirung sawit (PKO). Sampel poliuretana yang dihasilkan direndam di dalam larutan akues natrium hidroksida (NaOH) berkepekatan 0 %, 10 %,20 %, 30 % dan 40 %. La...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Tahir, Syuhada, Badri, Khairiah, Mohd Tahir, Syahidah, Mohd Tahir, Mariya, Mohd Sapari, Jamil
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50137/1/50137.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50137/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tindak balas hidrolisis poliuretana tegar sawit. Poliuretana tegar disintesis menggunakan monoester-OH isirung sawit (PKO). Sampel poliuretana yang dihasilkan direndam di dalam larutan akues natrium hidroksida (NaOH) berkepekatan 0 %, 10 %,20 %, 30 % dan 40 %. Larutan akues NaOH beralkali boleh mempercepatkan kadar hidrolisis. Sampel kek poliuretana terhidrolisis dan larutan hasil turasan dianalisis setiap 7, 14, 21, dan 28 hari. Timbangan menunjukkan jisim kek, poliuretana terhidrolisis meningkat. Ini menunjukkan pembengkakan berlaku akibat penyerapan larutan. Selepas sampel kek poliuretana terhidrolisis tersebut dikeringkan dan diulang timbang, didapati jisimnya berkurang sehingga lebih rendah daripadajisim asal sebelum tindak balas hidrolisis dilakukan. Ini menunjukkan sebahagian struktur poliuretana telah terurai akibat tindak balas hidrolisis. Semakin tinggi kepekatan larutan akues NaOH, semakin tinggi jisim bahan terurai. Analisis spektroskopi FTIR menunjukkan penguraian struktur poliuretana melalui kehilangan puncak serapan bagi C=O, C-O-C dan C-N. Analisis menggunakan mikroskop optik menunjukkan diameter parlikel poliuretana berkurang selepas ditindakbalas dan dikeringkan. Daripada semua analisis, disimpulkan bahawa penguraian poliuretana melalui tindak balas hidrolisis menyebabkan pemutusan rantai poliuretana, di mana segmen lembut iaitu monoester-OH terurai, manakala segmen keras dengan taut silang pula kekal dalam struktur poliuretana.