Pengaruh budaya luar dalam senibina masjid di Lembah Kinta, Perak : kajian kes terhadap masjid yang dibina pada tahun 1880-1930 / Wan Noor Anira Hj Wan Ali , Norasikin Hj Hassan dan Khalilah Hassan

Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan nilai sejarah dan menjadi warisan bagi masyarakat masa kini. Salah satu nilai sejarah dan warisan ialah masjid-masjid tradisional atau masjid lama yang dibina antara tahun 1880 hingga tahun 1930 dengan bercirikan senibina yang unik dan indah. Mas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Ali, Wan Noor Anira, Hassan, Norasikin, Hassan, Khalilah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50921/1/50921.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50921/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan nilai sejarah dan menjadi warisan bagi masyarakat masa kini. Salah satu nilai sejarah dan warisan ialah masjid-masjid tradisional atau masjid lama yang dibina antara tahun 1880 hingga tahun 1930 dengan bercirikan senibina yang unik dan indah. Masjid merupakan elemen fizikal yang terpenting bagi umat islam sejak dari zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah kini. Ia merupakan sebagai tempat beribadah kepada Allah s.w.t. Maka kajian ini akan mengenalpasti sejarah pengaruh budaya luar terhadap perancangan senibina dan rekabentuk masjid di Lembah Kinta. Masjid- masjid ini ada yang berusia lebih daripada 100 tahun dan merupakan salah satu lambang senibina tempatan yang dipengaruhi dan diasimilasikan oleh budaya luar. Hal yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti samaada senibinanya dipengaruhi atau diasimilasikan oleh budaya luar antaranya kolonial, Nusantara yang merujuk kepada Sumatera, Acheh atau Indonesia dan pengaruh asing lain seperti Arab, India dan China serta pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam terdahulu. Ini termasuklah menganalisa dari segi rupa bentuk, seni ukiran dan konsep serta falsafah terhadap senibina masjid di Lembah Kinta serta unsur-unsur lain yang mempengaruhi rekabentuknya. Melalui penerangan dan kajian yang jelas, pengaruh budaya luar terhadap nilai-nilai konsep dan falsafah senibina masjid di Daerah Kinta dapat dikenalpasti. Di samping ia juga dapat mendidik masyarakat umum terhadap kepentingan nilai warisan senibinanya dan menjadi anjakan kesinambungan dalam budaya hidup masyarakat Islam Negeri Perak khususnya.