Keberkesanan zakat bantuan modal kepada usahawan asnaf miskin di Terengganu. / Mohd Sabri Abdul Ghafar ... [et al.]

Terengganu merupakan antara negeri yang tertinggi jumlah kutipan zakat selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sebagaimana Majlis Agama Islam negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, MAIDAM tidak terkecuali dalam merangka suatu inisiatif untuk membangunkan golongan usahawan yang terdiri dari kalang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Ghafar, Mohd Sabri, Zakaria, Zainudin, Yusoff, Rohana, Kamaludin, Mohd Ariff, Abdul Ghani, Azian
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/53613/1/53613.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/53613/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Terengganu merupakan antara negeri yang tertinggi jumlah kutipan zakat selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sebagaimana Majlis Agama Islam negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, MAIDAM tidak terkecuali dalam merangka suatu inisiatif untuk membangunkan golongan usahawan yang terdiri dari kalangan asnaf miskin dalam usaha membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan. Inisiatif ini bertujuan untuk menambah keupayaan golongan tersebut untuk berdikari sesuai dengan falsafah “memberi joran lebih baik dari memberi ikan”. Program ini merupakan suatu bentuk pemberian bantuan modal kepada asnaf yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditentukan untuk menjalankan sesuatu aktiviti pemiagaan. Bantuan ini bermula dengan bantuan modal berskala kecil kepada modal berskala besar. Kajian ini tertumpu kepada seramai 295 penerima bantuan modal dari kalangan asnaf miskin di Terengganu bagi tahun 2014. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Data primer untuk kajian ini diperolehi dengan menemubual responden menggunakan soal selidik. Temu bual diadakan dengan semua penerima bantuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu soal selidik yang telah direka bentuk oleh penyelidik sendiri. Kajian menunjukkan keberkesanan bantuan modal zakat yang diberikan kepada asnaf miskin oleh MAIDAM sangat berkait rapat dengan sikap, pemantauan, bimbingan dan disiplin penerima bantuan tersebut. Data yang dihasilkan oleh kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian matlamat keberkesanan bantuan modal zakat yang diberikan kepada usahawan asnaf masih berada di tahap yang rendah. Melalui kajian ini pengkaji mendapati tiga faktor utama yang mempengaruhi tahap keberkesanan bantuan modal zakat MAIDAM yang rendah iaitu kaedah pemilihan asnaf yang tidak begitu efisien, proses pemantauan tidak dijalankan dan ketiadaan bimbingan secara berkesan dan tersusun. Pengkaji telah mengemukakan cadangan Model Pembangunan Usahawan Asnaf MAIDAM (PUASMA) bagi mempertingkatkan keberkesanan bantuan modal zakat MAIDAM kepada asnaf yang telah menerima bantuan tersebut. Model ini telah mengambilkira faktor keterbatasan kemampuan MAIDAM sebagai agensi pengurus zakat di Terengganu dan kesediaan pihak universiti awam untuk menyumbang kepakaran bagi membangunkan sosio ekonomi golongan miskin di Terengganu. Model ini belum diguna oleh mana-mana negeri di Malaysia sehingga kini.