Pembangunan minda remaja menurut perspektif ‘ulwan: tinjauan terhadap amalan keluarga di Putrajaya / Izzah Nur Aida Zur Raffar … [et al.]

Remaja adalah aset berharga dan menjadi tonggak kekuatan bagi sesebuah negara, namun segelintir remaja muslim kini terjebak dengan tingkahlaku mengikut nafsu, budaya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, cara hidup dan fahaman jauh dari agama serta gejala-gejala sosial yang bakal merosakkan gen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zur Raffar, Izzah Nur Aida, Jalani, Hamidah, Nik Dahalan, Nang Naemah, Abdul Kadir, Nor Adina, Mohd Adnan, Sarah Dina, Md Nasir, Mariam Farhana
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54225/1/54225.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54225/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Remaja adalah aset berharga dan menjadi tonggak kekuatan bagi sesebuah negara, namun segelintir remaja muslim kini terjebak dengan tingkahlaku mengikut nafsu, budaya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, cara hidup dan fahaman jauh dari agama serta gejala-gejala sosial yang bakal merosakkan generasi Islam. Budaya maksiat ini wujud kerana sudah kehilangan rasa bangga terhadap tamadun, para ilmuwan dan keagungan sejarah umat Islam. Akhirnya lahir generasi remaja yang lalai memikirkan keadaan dan kepentingan umat Islam sehinggakan apabila Islam dicabar dan dipermainkan, mereka tidak ambil peduli. Justeru, kesilapan cara fikir dan haluan hidup remaja yang terpesong dari tuntutan Islam ini haruslah diperbetulkan dengan cara membangun dan memperkasakan nilai inteklektual dalam diri. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kaedah pengamalan keluarga di Putrajaya dalam pembangunan intelektual anak remaja berteraskan perspektif ‘Ulwan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 384 responden yang dipilih secara bertujuan dalam kalangan ibu bapa muslim yang mempunyai anak remaja di Putrajaya. Manakala, data dianalisis dengan teknik statistic deskriptif menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan majoriti ibu bapa menghantar anak ke sekolah agama untuk mendalami pengetahuan agama (min=3.44), mengenal pasti bakat dan potensi anak (min=3.44) serta mengenal pasti kecenderungan dan minat anak (min=3.41). Implikasi kajian ini dapat membantu ibu bapa memperkukuh ilmu keibubapaan terutama dalam aspek pembangunan minda perspektif Islam seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam proses mendidik anak remaja dalam keluarga. Kajian ini turut memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Belia dan Sukan (KBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya dalam menguruskan hal ehwal remaja dan kekeluargaan di Malaysia agar lebih progresif dan berkesan.