Isu ‘mud ajwa’ dan implikasinya terhadap pengamalan kewangan Islam semasa: sorotan literatur / Mohd Asyadi Redzuan, Dziauddin Sharif dan Mohamed Fairooz Abdul Khir

Permasalahan ‘mud ajwa’ merupakan salah satu isu hangat dalam perbahasan riba al-buyu’. Permasalahan ‘mud ajwa’ secara umumnya merujuk kepada pertukaran di antara dua barang ribawi, yang mana semasa pertukaran tersebut berlaku, turut digabungkan sekali pada barang ribawi yang ditukar itu dengan bara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Redzuan, Mohd Asyadi, Sharif, Dziauddin, Abdul Khir, Mohamed Fairooz
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54238/1/54238.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54238/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Permasalahan ‘mud ajwa’ merupakan salah satu isu hangat dalam perbahasan riba al-buyu’. Permasalahan ‘mud ajwa’ secara umumnya merujuk kepada pertukaran di antara dua barang ribawi, yang mana semasa pertukaran tersebut berlaku, turut digabungkan sekali pada barang ribawi yang ditukar itu dengan barang ribawi jenis lain atau barang bukan ribawi sehingga kelihatan secara zahirnya berlaku ketidaksamaan dari aspek kuantiti, timbangan atau berat, sekaligus membawa kepada perlanggaran kepada syarat penting jualbeli barangan ribawi iaitu persamaan kuantiti (tamathul). Hal ini membawa kepada berlakunya perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha mengenai hukum penjualannya yang turut dipengaruhi oleh perbezaan dalam metodologi berijtihad. Dengan menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan, kertas kerja ini dilakukan untuk menjelaskan pandangan fuqaha secara umum mengenai permasalahan mud ajwah, sebab berlakunya perselisihan pendapat serta mengenalpasti ruangruang yang boleh diterokai oleh kaedah ini untuk diaplikasikan dalam muamalat semasa. Kaedah mud ajwah dilihat berupaya dijadikan sebagai panduan dalam menyelesaikan isu-isu muamalat semasa. Perlaksanaannya tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh para fuqaha demi menutup pintu riba.