Ketokohan Ibu Zain dalam memperkasa pendidikan di kalangan wanita Melayu: suatu tinjauan ringkas / Nang Naemah Nik Dahalan … [et al.]

Isu Pendidikan dalam kalangan wanita Melayu telah banyak dibincangkan sebelum merdeka lagi. Majalah al-Imam khususnya turut memperjuangkan hak pendidikan untuk wanita Melayu sepertimana yang diperolehi oleh kaum lelaki. Maka, muncullah Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman atau dikenali dengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Dahalan, Nang Naemah, Zul Raffar, Izzah Nur Aida, Jalani, Hamidah, Md Nasir, Mariam Farhana, Abdul Kadir, Nor Adina, Mohd Adnan, Sarah Dina
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54256/1/54256.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54256/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Isu Pendidikan dalam kalangan wanita Melayu telah banyak dibincangkan sebelum merdeka lagi. Majalah al-Imam khususnya turut memperjuangkan hak pendidikan untuk wanita Melayu sepertimana yang diperolehi oleh kaum lelaki. Maka, muncullah Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman atau dikenali dengan gelaran Ibu Zain. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendidikan wanita Melayu (1930-1938). Beliau berjaya membuka beberapa sekolah untuk anak-anak perempuan dan merupakan antara pelopor awal dalam penerimaan pelajaran untuk anak-anak perempuan Melayu. Hal ini kerana perkembangan pendidikan anak-anak perempuan dalam masyarakat Melayu tradisi adalah lebih perlahan berbanding dengan anak-anak lelaki. Pendidikan yang diterima oleh anak-anak perempuan Melayu telah memberi peluang kepada mereka keluar dari kepompong tradisi masyarakat Melayu mulanya tidak begitu menggalakkan penerimaan pelajaran kepada anak-anak perempuan. Sikap tertutup terhadap ilmu pengetahuan ketika itu menyebabkan peluang untuk anak perempuan belajar adalah terbatas. Jika ada ada madrasah atau sekolah yang didirikan untuk mereka, bilangannya tidak begitu banyak. Selain itu, bilangan tenaga pengajar dalam kalangan wanita juga tidak mencukupi. Setelah sekian lama, ibu bapa Melayu akhirnya sedar akan keperluan pelajaran bukan hanya untuk anak-anak lelaki, bahkan juga untuk anak-anak perempuan. Batasan skop yang telah dipilih oleh penulis memberi fokus kepada wanita Melayu tradisional. Melalui kajian ini, penulis menggunakan metod analisa data dengan mengumpul dan menjalankan kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kedudukan wanita Melayu tradisi. Hasil kajian mendapati, kepentingan pendidikan untuk anak-anak perempuan pada mulanya tidak berapa diberi perhatian berbanding dengan anakanak lelaki.