Sumbangan intelektual Ibnu Majid (1432m-1507m) dalam geografi pelayaran di pesisiran Afrika Timur: kajian terhadap karya – karyanya terpilih / Asma Wardah Surtahman dan Misri Abdul Muchsin

Ibnu Majid adalah seorang tokoh pelayar muslim terkenal di perairan Lautan Hindi pada abad ke-15M. Nama beliau ialah Ahmad bin Majid bin Muhammad ʻAmr bin Fadl bin Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husin bin Abi Maʻlaq al-Saʻadi bin Abi al-Rakayib al-Najdi dan berasal dari Julfar (kini Ra’s al-Khaimah,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Surtahman, Asma Wardah, Abdul Muchsin, Misri
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54260/1/54260.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54260/
https://www.ishec2021.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Ibnu Majid adalah seorang tokoh pelayar muslim terkenal di perairan Lautan Hindi pada abad ke-15M. Nama beliau ialah Ahmad bin Majid bin Muhammad ʻAmr bin Fadl bin Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husin bin Abi Maʻlaq al-Saʻadi bin Abi al-Rakayib al-Najdi dan berasal dari Julfar (kini Ra’s al-Khaimah, Emiriah Arab Bersatu). Penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis sumbangan intelektual Ibnu Majid dalam geografi pelayaran berdasarkan catatan beliau. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan manuskrip yang dijilidkan oleh Ibrahim Khuri mengandungi karya-karya Ibnu Majid iaitu Kitab Al-Fawa’id fi Usul ‘Ilm Al-Bahr wa al-Qawaʻid, Urjuzah al-Sufaliyyah, Urjuzah al-Sabʻiyyah dan Urjuzah al-Muʻarribah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan teknik dokumentasi dalam pengumpulan data dan analisis kandungan konvensional dalam menganalisis data. Hasil kajian ini menunjukkan sumbangan Ibnu Majid dalam mencatat panduan lengkap bagi pelayaran di sekitar pesisiran Afrika Timur dengan mengemukakan teori laluan dan laluan alternatif serta panduan pelayaran berbentuk ciri fizikal. Teori geografi yang dicatatkan oleh Ibnu Majid ini menjamin keselamatan dan keamanan di dalam pelayaran sehingga sampai ke destinasi yang ditujui.