Perlaksanaan pengajaran & pembelajaran menerusi "Fan-Q board game": kajian rintis di SK Sura, Terengganu / Nik Fazlin Hiryati Nik Jaafar … [et al.]

Realitinya, pengajaran dan pembelajaran (PnP) kontemporari mendambakan inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikannya. Kaedah PnP secara bermain banyak dilaksanakan dengan reka bentuk permainan yang pelbagai bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Jaafar, Nik Fazlin Hiryati, Awang, Azarudin, Ibrahim, Norlaila, Mohd Sallem, Nur Raihana, Wan Chek, Wan Ahmad Khusairi
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54455/1/54455.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54455/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/E-Jitu/issue/view/1082
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Realitinya, pengajaran dan pembelajaran (PnP) kontemporari mendambakan inovasi dan kreativiti dalam sistem pendidikannya. Kaedah PnP secara bermain banyak dilaksanakan dengan reka bentuk permainan yang pelbagai bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pendekatan belajar dengan kaedah bermain iaitu menerusi Fan-Q Board Game dalam pembelajaran pendidikan Islam. Selanjutnya, kajian ini ingin mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual ke atas lapan (8) orang murid dan dua (2) orang guru. Selain itu, kaedah observasi juga turut dilakukan sepanjang aktiviti dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan pelaksanaan PnP bagi mata pelajaran pendidikan Islam melalui aktiviti “Fan-Q Board Game” dapat membantu murid-murid dalam mengingati fakta sejarah Islam, kisah binatang berdasarkan ayat al-Quran, asas ajaran agama dan sebutan zikir dengan lebih cepat. Selain itu, pelaksanaan aktiviti “Fan-Q Board Game” juga mampu memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bersabar dan jujur dalam kalangan kanak-kanak. Kajian juga mendapati antara aspek yang perlu diberi perhatian bagi menambah keseronokan semasa beraktiviti ialah berkenaan dengan tahap kesukaran soalan, tempoh masa yang tidak terlalu panjang dan denda dalam bentuk tertentu seperti berundur dari kotak terkini sebagai hukuman. Biarpun begitu, reka bentuk pembelajaran berasaskan permainan “Fan-Q Board Game” ini mempunyai prospektif dan potensi tinggi untuk diaplikasikan dalam konteks pendidikan Islam pada semua peringkat umur.