Penglibatan komuniti Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Daerah Song, Sarawak / Kwok Chin Hoe dan Haris Abd Wahab

Kajian ini memfokuskan kepada penglibatan komuniti Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Sarawak dengan tujuan (i) mengenal pasti latar belakang demografi dan sosioekonomi komuniti Iban dan (ii) menentukan bentuk-bentuk penglibatan komuniti Iban dalam program di bawah SPKR. Kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chin Hoe, Kwok, Abd Wahab, Haris
Format: Book Section
Language:English
Published: Faculty of Administrative Science and Policy Studies 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55377/1/55377.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55377/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada penglibatan komuniti Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di Sarawak dengan tujuan (i) mengenal pasti latar belakang demografi dan sosioekonomi komuniti Iban dan (ii) menentukan bentuk-bentuk penglibatan komuniti Iban dalam program di bawah SPKR. Kajian ini merupakan kajian mikro dengan menumpukan kepada sebuah daerah iaitu Daerah Song di Bahagian Kapit, Sarawak. Pendekatan kuantitatif yang melibatkan tinjauan deskriptif digunakan. Sampel terdiri daripada 260 responden yang ditentukan berlandaskan tiga lapis prosedur sampel rawak bagi memilih (i) kawasan rumah panjang, (ii) rumah panjang dan (iii) responden kajian. Maklumat kajian pula diperolehi melalui sumber-sumber sekunder dan primer. Sumber sekunder didapati melalui tinjauan perpustakaan dan data primer dikumpul menerusi set borang soal selidik yang dibina berpandukan objektif kajian. Analisis kajian dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences 16.0 (SPSS 16.0). Penemuan kajian menunjukkan komuniti Iban yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada lelaki (85.8%) dan wanita (14.2%). Penglibatan mereka pula meliputi penyertaan dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program di bawah SPKR. Kajian mendapati tahap penglibatan sebilangan besar komuniti Iban dalam membuat keputusan (66.2%), pelaksanaan (61.5%), berkongsi manfaat (65.8%) dan penilaian (57.7%) adalah pada tahap sederhana.