Penelitian terhadap kepelbagaian fungsi bandar kecil terhadap penduduk setempat di Gemas, Negeri Sembilan / Natasya Farhana Nazry, Jabil Mapjabil and Farzanna Yashera Abdulla

Artikel ini meneliti tentang kepelbagaian fungsi bandar kecil terhadap penduduk setempat di Gemas, Negeri Sembilan. Fungsi bandar kecil Gemas dalam konsep pembangunan sekitar yang diteliti terbahagi kepada enam aspek utama, iaitu sebagai memenuhi keperluan asas, ekonomi dan peluang pekerjaan pendudu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazry, Natasya Farhana, Mapjabil, Jabil, Abdulla, Farzanna Yashera
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56870/1/56870.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56870/
https://ispike2021.uitm.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Artikel ini meneliti tentang kepelbagaian fungsi bandar kecil terhadap penduduk setempat di Gemas, Negeri Sembilan. Fungsi bandar kecil Gemas dalam konsep pembangunan sekitar yang diteliti terbahagi kepada enam aspek utama, iaitu sebagai memenuhi keperluan asas, ekonomi dan peluang pekerjaan penduduk setempat, pusat pentadbiran, penyediaan input pertanian, pendidikan serta pusat pengangkutan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan sebanyak 143 borang soal selidik kepada responden. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa Gemas menjalankan fungsinya sebagai bandar kecil. Justeru, kajian mendapati bahawa bandar kecil Gemas telah mengalami perubahan ke arah yang lebih moden dan maju. Hal ini kerana semakin banyak bilangan fungsi yang ditawarkan oleh bandar kecil Gemas menjadikannya semakin pesat membangun. Selain itu, kepelbagaian fungsi mengubah fungsi asalnya daripada menyediakan perkhidmatan asas kepada menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk. Dengan wujudnya pelan strategik jangka panjang yang berintegrasi, Gemas dijangka akan berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang berdaya maju.