Transkrip Wawancara Bersama Profesor Doktor Zawawi bin Nordin Pakar Perubatan Nefrologi / Aqilfikri Irfan Taqiuddin Tiew dan Nur Athirah Jamal

Kajian ini membincangkan tentang latar belakang dan pengalaman kerjaya seorang tokoh yang merupakan seorang Doktor Pakar Perubatan dalam bidang Nefrologi iaitu Profesor Doktor Zawawi Bin Nordin. Nefrologi merupakan bidang khusus yang memfokuskan pada fungsi normal buah pinggang manusia, diagnosis se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Taqiuddin Tiew, Aqilfikri Irfan, Jamal, Nur Athirah
Format: Student Project
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57336/1/57336.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57336/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang latar belakang dan pengalaman kerjaya seorang tokoh yang merupakan seorang Doktor Pakar Perubatan dalam bidang Nefrologi iaitu Profesor Doktor Zawawi Bin Nordin. Nefrologi merupakan bidang khusus yang memfokuskan pada fungsi normal buah pinggang manusia, diagnosis serta rawatan bagi penyakit buah pinggang. Justeru, penulisan artikel ini turut membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan Nefrologi secara lebih mendalam serta cabaran yang perlu dihadapi oleh tokoh sebelum mendapat gelaran sebagai seorang Doktor Pakar Nefrologi. Selain itu, intipati transkrip turut membincangkan tentang pengalaman beliau dalam mengusahakan Pusat hemodialisis milik beliau dan juga rakan kongsinya, pencapaian sepanjang perkhidmatan, sumbangan beliau dan harapan terhadap mereka yang ingin menceburi bidang Nefrologi serta nasihat kepada generasi muda yang sering mengambil mudah terhadap tahap kesihatan mereka. Segala maklumat yang ditulis adalah berdasarkan tinjauan literatur melalui laman sesawang yang mempunyai autoriti serta melalui projek sejarah lisan yang telah dijalankan. Implikasi utama kajian ini adalah kepada pengkaji, para penyelidik, pelajar serta masyarakat. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik berharap agar masyarakat kini terutamanya generasi muda akan lebih peka dengan tahap kesihatan mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga demi masa depan.