Pandangan pelajar terhadap matapelajaran prinsip perakaunan di daerah Maran, Pahang / Mohamad Azmi Nias Ahmad, Nik Zam Nik Wan and Syed Iskandar Zulkarnain Sayd Idris

Kajian ini adalah untuk menyediakan maklumat penting kepada guru-guru serta Fakulti Perakaunan berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika belajar matapelajaran prinsip perakaunan serta mendapatkan pandangan mereka terhadap matapelajaran ini. Kajian ini mendapati sejumlah besar pelajar memil...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nias Ahmad, Mohamad Azmi, Nik Wan, Nik Zam, Sayd Idris, Syed Iskandar Zulkarnain
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58051/1/58051.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58051/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk menyediakan maklumat penting kepada guru-guru serta Fakulti Perakaunan berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika belajar matapelajaran prinsip perakaunan serta mendapatkan pandangan mereka terhadap matapelajaran ini. Kajian ini mendapati sejumlah besar pelajar memilih matapelajaran prinsip perakaunan di atas dorongan sendiri manakala sebahagian besar lagi telah mengambil matapelajaran prinsip perakaunan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana akur dengan ketentuan pihak sekolah. Didapati bahawa keputusan peperiksaan pelajar yang mengambil prinsip perakaunan di atas ketetapan pihak sekolah adalah lebih baik berbanding dengan mereka yang memilih prinsip perakaunan berdasarkan pilihan sendiri. Faktor kefahaman mengenai subjek yang diajar serta kaedah dan pengajaran oleh guru didapati memainkan peranan dalam mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar. Di samping itu ketelitian semasa menjawab soalan dan wujudnya topik-topik sukar di dalam matapelajaran prinsip perakaunan turut menjadi faktor penyumbang dalam mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar. Berdasarkan keputusan ujian kefahaman mengenai konsep-konsep perakaunan, tempoh masa yang diambil untuk menjawab soalan serta minat pelajar itu sendiri terhadap mata pelajaran prinsip perakaunan turut menunjukkan hubungan yang hampir signifikan dalam mempengaruhi gred keputusan peperiksaan pelajar. Bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran prinsip perakaunan adalah dicadangkan supaya pelajar yang berada di tingkatan empat diberi penerangan berkenaan dengan pentingnya asas perakaunan yang diajar sewaktu mereka berada ditingkatan berkenaan, Ia adalah kerana, matapelajaran di tingkatan lima adalah kesinambungan matapelajaran di tingkatan empat.